Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, October 4, 2013

#random me

Bismillah

Lama tak update. hohoii.. Sebab balik cuti hari raya terus sibuk settlekan LA ke Padang, balik Padang terus settlekan urusan seminar IChemS'13, lepas tu laptop hancus sebab jatuh dari meja..kuikuikui. Terus berminggu la kena baiki, tau tau saja laptop terpaksa kena format baru. 

Format laptop, ok. Bagus lah pun, sebab laptop tu guna vista, kalau nak on boleh tunggu masak maggi. Tu pun maggi dah habis makan baru boleh start menggunakan beliau. Bila dah format ni, sempat buat nestum 3 in 1 saja.. kekekeke.. 

Yang tak ok nya, bila format dan tak sempat buat back up. Bukan tak sempat, tapi tak pernah pun buat back up file. Makanya? Maka kami rakyat Malaysia la jawab dia. Semua hilang. Semua tu termasuk lah lagu segala bagai, tapi tu tak kisah. Gambar pun semua hilang, tapi tak berapa nak kisah sangat sebab anggap lah tiada rezeki untuk menyimpan segala kenangan. Lagi pun nanti boleh godek-godek kat orang lain yang simpan gambar yang sama.

Yang paling kisah, bila thesis proposal hilang, journal-journal untuk buat rujukan hilang, honour seminar report hilang, slide presentation thesis proposal pun hilang sama....

Rasa macam hahahahaha. Menangis memang tak guna. Memang hanya mampu ketawa la sepanjang hari. *Hari tu salah booking tiket pun ketawa jugak* Sukar untuk ku menerima kenyataan sebegini rupa. 

Satu hari duk pikiaq, mesti ada hikmah di sebalik laptop kena format ni. Sampai berguling-guling, sebab takleh terima kenyataan lagi journal hilang. Walaupun bukan journal yang aku publish, tapi berpuluh tu, jenuh nak mencari celah mana entah. 

Tu yang langsung takde mood nak update pasal lawatan ke Padang, walaupun hakikatnya rasa macam nak tampaq diri sendiri sebab tak percaya akhirnya berjaya jugak sampai ke Padang, alhamdulillah. Naik flight masa berangkat pulang ke Malaysia, masing-masing rasa macam nak menangis sebab best sangat duk kat sana. Sampai-sampai Malaysia kalau orang tanya best ke tak, apa yang ada kat sana,  cukup lah jawapan, "rasa macam nak pergi lagi" menjawap segala persoalan. 

Dan motif update blog hari ni? Sebab tak pergi lab pastu bosan tak tau nak buat apa. *abes lah kalau ain fatihah tau*kuikuikui

Esok kena qadha pergi lab, malas tak malas lain cerita, asal 80% lab boleh siapkan sebelum balik raya haji. Habis, orang balik raya 3 hari, tapi engko balik raya 10 hari..kekekeke.. *balik atas urusan seri paduka baginda*

Sekian, nanti kalau rajin jumpa lagi. Bubuii..

Wednesday, August 14, 2013

#random raya

Bismillah

Hari ni dah 7 syawal. Boleh dikatakan tamat sudah seisi reunion dengan kawan-kawan. Berhari raya dari raya pertama hingga hari ini, fuhh. Tapi masih belum pengsan. :)

Berhari raya dengan family, yang bestnya bila kita yang tua ni pun dapat duit raya. Alhamdulillah, rezeki. Bagus jugak, walaupun sudah tua tapi paling kecil lah sangat antara adik-beradik, bila ada yang menghulur duit sebab ingatkan kita budak sekolah menengah, cepat-cepat sambut. Nasib lah, orang tua kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak hulur duit, rezeki kita lah jawabnya. ^_~

Berhari raya dengan kawan-kawan. the ultimate happiness. Seriously, raya tahun ni 3 hari beraya bersama, memang lah masa tak pernah cukup to share the joy and happiness, belum masuk lagi bab mengimbau kenangan lama, terutama kes main bola dalam kelas *kes menghancurkan bola sebenarnya..hehe*. 

Terubat rindu dengan geng main bola, geng kena denda sama-sama, geng lambat kena rotan ust rapi, semua-semua lah. Memang lah hari raya ni kira unofficial reunion untuk batch ni.

Then pergi beraya ke rumah kawan yang sudah selamat menjadi isteri dan ibu. Tiba-tiba rasa macam eh, best nya ada baby.. X__X.. Setakat ni hanya mampu tumpang bahagia dan terus mendoakan kebahagiaan kawan-kawan. :)

Balik rumah, rasa macam mahu pengsan tengok rumah dan bilik yang sudah tertunggang-langgang. Oh, memang lah esok hari untuk berehat sambil mengemas rumah. Kemas ruang tamu siap-siap sebelum balik, kena packing barang balik Nilai siap-siap sebab tau dah kena packing siap, selagi belum berangkat selagi tu ada saja barang tercicir.

Kena siapkan keychain untuk jualan si budak kecik di rumah ni, untuk hari apa entah di sekolah tu. Sudah lah modal pun tak bagi, untung dia kaut sensorang.. oiii.. Ini bukan demokrasi terpimpin!

Kena siapkan surat menyurat tertangguh untuk seminar kimia bulan september. Tu sebab dari sekolah menengah sedaya upaya tolak jawatan s/u. Dulu boleh bagi alasan tulisan buruk, sekarang bagi alasan komputer buruk pulak boleh? T_T

Paling penting, kena settlekan urusan untuk pergi Padang. Ni paling malas. Tiket belum booking, tapi nak kena pegi 3 september ni. Tajaan belum cari. Surat dah hantar tapi belum dapat. Duit fakulti tak dapat lagi. Huh. Ini semua cobaan. Cobaan pun, memang aku cari siapa yang suka hati pegi lantik jadi timb pengarah tu apa pasal. Sudah lah pemalas.. Memang cobaan. 

Kalau sudah pemalas begini cerita dia, bagus kita pegi melawat padang sekolah tu cukup. Adeh. Berapa banyak lah padang dekat malaysia ni, kenapa jugak padang yang jauh di sumatera tu yang dicari. Apa lagi melayu mau...

Ok, sudah sudah lah tu. Echa yang sudah jadi ibu pun tak kuat membebel. Adeh.. Mari lah merehatkan diri. Esok bangun awal, mulakan puasa enam.

Hari yang baik, bermula dengan pagi yang baik..:)

Oh, jangan lupa doakan saudara-saudara kita di Mesir, jangan lupa bacakan doa qunut nazilah. Sila rajin-rajin update berita dekat fb/tweeter/ dan segalanya. Kalau dah tengok dan baca dan tahu tentangnya, jangan buat-buat tak terasa, tiada perasaan. Nanti Allah tanya, sendiri mau jawab. 

Malu kita. Mereka sudah berhari raya dengan riang gembira di syurga, kita yang masih di sini belum tahu penghujung cerita macam mana. Semoga berakhir dengan pengakhiran yang baik, ameen. 

Mari hantar doa, jom!

#prayforegypt

May Allah bless