Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Syukur Vs Sabar

Bismillah

Selalu kita minta supaya dimurahkan rezeki, diluaskan pintu rezeki. Tapi kita sendiri yang kadang-kadang menyempitkan istilah rezeki itu sendiri.

Asal rezeki, selalu-selalu dikaitkan dengan duit, makanan. 

Sebenarnya senang bangun awal pagi-pagi pun, kira rezeki jugak. Senang untuk solat malam, pun rezeki. Paling penting, bila Allah masih bagi kesihatan, senang untuk buat kerja. Lagi bila semua kerja dan urusan, smooth saja. 

Kiranya kalau dihitung dalam sehari, memang banyak rezeki kita Allah bagi. Maha pemurah sungguh Allah :)

Adat lah, kalau dah diberi, lagi tak tau nak bersyukur? Itu memang nak kena backhand guna penyapu. Tapi memang pun, manusia lagi susah untuk bersyukur, daripada bersabar. 

Tak percaya?

Kita mungkin masih mampu bersabar kalau kita teraniaya, mungkin bersabar dengan harapan, kebenaran akan terserlah juga nanti. 

Tapi untuk bersyukur? Bersyukur kerana penganiayaan itu akan menaikkan satu darjat hampir kepada Allah dan doanya juga dimakbulkan. Selalu-selalu terlupa kan.

Kita mungkin masih boleh bersabar kalau diuji susah, ditimpa sakit atau kehilangan harta, sabar dan anggapnya sebagai takdir dan kifarah.

Tapi bersyukur? Sebab yang sakit tu hanyalah anggota badan, atau yang hilang itu hanyalah harta benda, dan bukannya nyawa kita. Kadang-kadang baru teringat kan.

Berbeza kan, kan kan kan..


Orang yang bersyukur, akan menukarkan hospital yang menjadi night mare sesetengah orang tu, kepada tempat di mana manusia pilihan Allah sedang diuji, untuk diampunkan dosa, diberi pahala dan dinaikkan darjat. Rasulullah s.a.w suka bersama orang-orang miskin, sakit, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah/ujian. Allah sedang 'zoom-in' kepada mereka ini. (taken from fb coach ridz)

Sentap.


"Dan sekiranya kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepada kamu. Dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabku amatlah keras"

Ok, cukup lah. Saya rasa anda sudah faham. Kenapa bersyukur tu lagi susah dan berat daripada bersabar. But then, we have to thank Allah, for such a blessing life. Bahagia.

Dan syukurlah malaysia masih aman... errkkk... T_______T

They said,



================================================


Today's update : Hari ni huru-hara. Dari pagi sampai ke petang, dan ke malam (mungkin). Padang punya pasal la ni. I is stressed dengan semua kerja yang kena buat, nasib baik dapat assistant yang cekap-cekap dan tangkas. Terima kasih. Dan bersyukur jugak sebab Allah mudahkan kerja. Maka dengan itu, dengan tidak sengajanya aku telah terbeli satu blouse comel. Tapi untuk baju nak pakai pegi Padang nanti le.. 

Tapi sebenarnya more to hadiah penghargaan kepada diri sendiri sebab telah berpening-pening settlekan kerja Padang. Alasan kan..hahaha.. Lepas tu Prof Norita call sebab nak pergi, tau mintak duit je, tak nampak pun muka kat fst..huahaha.. 

Suri rumah sepenuh masa kan, calling sana sini, booking tiket online, buat surat, hantar surat online, tau nya Pn Jannah tolong hantarkan surat kepada pihak berkenaan. Tapi itu pun macam mahu bersilat sehari-hari..kui3x

Esok baru kita dating ye Prof. Mana tau prof boleh kasi duit lebih.. ameen.. eheh

You'll be blessed

Monday, August 19, 2013

39:42

Bismillah

Baru dua tiga hari lepas aku terbaca dekat post Saiful Nang ( aku mengikuti beliau sebab gambar-gambar yang diambil sangat superb!), berita tentang pemergian seorang photographer, bride-to-be, akibat kemalangan jalan raya. 

Sebelum ni baca jugak banyak berita tentang kemalangan maut, tapi kenapa entah yang ini sangat terkesan, sampai hari ini aku masih mengikuti kisah pemergian allahyarhamah.

Mungkin ada dua sebab,

Yang pertama, punca kemalangan adalah disebabkan kereta kancil yang dinaiki allahyarhamah bertembung dengan audi yang melanggar lampu merah. 

Emm. Aku dan kawan-kawan selalu buat macam tu. Eh, bukan tang melarikan diri tu. Maksudnya, selalu redah lampu merah tu. Kadang-kadang sebab terlebih laju, malas nak brek, tapi most probably sebab dah lambat, mahu cepat. 

Err, aku yang cakap ni, bukan lah aku yang drive. Tapi aku selalu jadi co-driver, dan yang paling penting, aku lah yang selalu bagi semangat, "go go!! laju je.. sempat lagi tu" kepada driver untuk terus laju meredah lampu merah.

Oleh kerana ini, aku kini insaf, seinsaf-insafnya. Balik nanti mahu bagitau kawan-kawan, tolong lah berhenti kalau dah nampak lampu merah. Walaupun kemalangan tu hanya lah asbab, tapi apa salahnya kita berusaha dan berwaspada. Sekurang-kurangnya, kita tak membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri. Tamau dah buat..huhu

Dan yang kedua, bila godek-godek fb allahyarhamah, terjumpa page yang diusahakan allahyarhamah. Allah, yang hidup ni pun tak terfikir nak buat macam tu. 

Page Jom Solat, dibuat untuk memudahkan orang ramai menghafal makna bacaan solat. Cover photo yang dibuat akan diperbaharui setiap 2 hari. Boleh dijadikan cover photo dekat fb dan sebagainya, maka dengan itu orang ramai akan lebih mudah untuk menghafal dan mengetahui bacaan lepas solat. 

Ah, senangnya nak buat baik.

ni antara contoh header cover photo


Sehingga ke hari ini, masih suka untuk menjengah ke sini, sebab gambar yang diambil semuanya adorable, lovely shoot. 

Orang baik, selalu Allah bagi pinjam kejap je kan :( Dan walaupun aku tak pernah pun kenal allahyarhamah, tapi melalui komen-komen orang sekeliling, gambar-gambar dekat tumblr, memang tau beliau seorang yang baik. 

"Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)"

Amin Ya Rabb

Mari sedekahkan al fatihah dan doakannya. Insya Allah segala ilmu yang diamalkan, hasil usaha dan ilham allahyarhamah akan sampai pahala kepadanya. Sungguh, bijak dan mudahnya cara beliau untuk menyampaikan kebaikan..huhu


==============================


Giliran kita entah bila pula. Yang pasti, kematian tu bila-bila. Jadi, kalau nak buat baik, jangan berkiran-kira, jangan bertangguh-tangguh. Tak perlu pun tunggu awal tahun untuk buat azam baru, atau bila umur bertambah. Buat sikit-sikit, janji berterusan. :)

Till then,

sumber
You'll be blessed

Friday, August 2, 2013

Monster University

Bismillah

Ramai yang suka menonton cerita kartun sebab ianya tak heavy, straight to the point,  tak perlu sakit kepala memikirkan motif-motif aksi begini dan begitu, dan yang penting no heart attack macam tengok cerita hantu. Tapi kartun is kartun la kan. Cerita biasa-biasa, pengajaran pun biasa-biasa, sesuai lah untuk umur below 5.

Tapi Monster University sangat lain dari yang lain. Memang lah tersangat AWESOME. Siapa yang belum tengok, baik lah pegi tengok sekarang..hehe

Mula-mula memang lah macam kelakar tengok cerita tu, kartun kan, biasalah. And all the "tak masuk akal" punya imaginasi lagi. Tapi, bila tengok ending, seriously sangat lah inspiring.



Aku sangat mencadangkan kepada mereka yang mempunyai stigma dan pemikiran bahawa "kena dapat dean list, 4 flat, first class semua tu baru boleh dapat kerja tip top yang diidamkan" supaya menonton cerita Monster University.

Juga kepada mereka yang risau sebab pointer biasa-biasa saja, malah untuk mencapai first class tu macam langit dengan bumi saja, boleh lah menonton cerita ini. Nescaya anda akan mendapat semangat baru seperti saya..eheh.

Dan juga kepada mereka yang mempunyai pemikiran yang lebih tertumpu kepada akademik, juga disarankan untuk menjadi monster menonton cerita monster. Bukan lah maksudnya fokus kat akademik tu tak baik, no. Baik, tapi korang tak rasa bosan eh?hahaha..Aku bosan..haha.

Hidup zaman universiti,zaman ramai kawan-kawan yang baik-baik, bukan selalu. Sekali seumur hidup. Percaya lah. Dah kalau asyik dengan buku, masa untuk join aktiviti luar takde, join ko-kum pun berkira-kira, join khidmat masyarakat pun taknak, rasa macam hidup kurang beerti. 

Sangat rugi for those yang tak pernah rasa escape kelas, lompat tingkap nak pegi kelas ko-kum sebab ada event dekat luar bilik kuliah, keluar kelas awal sebab nak pegi cuci kereta, dan paling tak boleh terima akal pergi berniaga atau tukar-tukar duit masa lecturer tengah mengajar. And the list goes down..

Tapi tak rugi pun sebenarnya..hahaha.. Infact, yang buat semua benda di atas tu yang rugi sebab banyak main..hehe

Pokoknya, nak suruh tengok cerita monster tu je, biar ada perubahan sikit dengan cara kita berfikir. 

Yang penting, percaya kepada rezeki dan usaha. Rezeki masing-masing, Allah dah tentukan. Kita tak boleh ambil rezeki orang, orang pun takkan usik rezeki kita. Masing-masing ada bahagian masing-masing. 

Macam lah kalau kita belajar, dah berusaha, lepas tu pergi jawab exam, tup tup result dah keluar. Tengok orang ni result dia gempak, mungkin sebab usaha dia lebih, usaha kita sikit. Mana tak sikit kalau sehari exam boleh khatam 10 chapters (baca : last minit). Mungkin orang ni hubungan dia dengan Allah sangat baik, kita ni solat malam pun malas. Mungkin orang ni jaga hubungan dengan manusia, yang kita ni orang minta tolong pun berkira-kira.

Bak kata kawan aku, "semuanya dah tertulis. Result pun dah tertulis semenjak kita belum lahir lagi."

Redha la. Mungkin rezeki orang bagus akademik, rezeki kita di tempat lain. Percaya pada rezeki yang Allah bagi. Mana mugkin Allah biarkan kita bersedih-sedih, sedangkan Allah tu penuh dengan sifat Penyayang.

Dan kepada yang dapat result bagus, jangan lupa mungkin kita berjaya atas sebab doa orang-orang di sekeliling, atas sebab tunjuk ajar kawan-kawan, atas sebab berkat guru mengajar. Jangan riak dengan mengatakan "aku dapat sekian sekian sebab aku study soalan past year semalam, sebab aku ikut instinct, sebab aku study gila-gila" atau "walaupun aku study last minit, tapi at least keputusan aku terbaik.." dan seangkatan dengannya.

Mana mungkin kita lakukan semuanya, kalau bukan dengan izin Allah?

Maha suci Allah yang memberikan kita ilham saat kita terlupa, yang memudahkan kita untuk menjawab exam, yang mengilhamkan kita untuk menjawab dengan betul. Allah Allah..

Akhir kata, selamat maju jaya. Dan sila jangan lupa untuk menonton cerita Monster University again..ehehe

nah, daftar cepat :P


Berdoalah supaya Allah memberikan yang terbaik. Doa di akhir-akhir ramadhan, doa selepas asar antara doa yang mustajab.

*entry sempena result akan kuar entah bila. Ada yang dah tengok result, tapi aku secara official tak tengok lagi, sebab cuak overboard..haha. Dengar camtu2x dari kawan-kawan. Biar lah, apa guna dapat slip kalau tengok result awal-awal kan.. Alasaaaaaaannnnnnnn.....*

You'll be blessed

Monday, July 29, 2013

The significant of anti-clockwise

Bismillah

For those yang suka baking atau tak kurang juga suka tengok rancangan memasak, mesti tau kalau pukul telur atau adunan, akan pukul melawan arah jam / anti-clockwise. 

Mula-mula aku sendiri pun taktau. Main buat ikut tv. Then bila ada kawan seorang yang mengambil kursus Food Biotech bertanya dekat Facebook, kenapa perlu pukul adunan melawan arah jam? Is it significant or not? 

Then ada yang menjawab mengikut theory physic. Ok, yang tu betul, tapi aku tak faham, surrender.hehe

Lepas tu Prof Norita pun menjawab, tentulah signifant. Why? baca sendiri..heh

patutlah kek yang aku buat sedap *tetiba* choii..haha

Jadi lepas ni kalau nak kuih muih segala kek rasa lagi lazat serta berkualiti dan dijamin halal, boleh pukul adunan mengikut arah anti-clockwise.

Sekian, itu sahaja pelajaran masak memasak kita pada hari.

You'll be blessed

Saturday, July 27, 2013

Talk "Kun Fayakun" bersama Farah Lee

Bismillah

Semalam, alhamdulillah diberi kesempatan untuk pergi majlis-majlis ilmu. Rasa macam lama sangat tak pegi, semenjak masuk kampus baru FST, nun jauh dekat Harvard tu hah. Last pergi tahun ni jugak rasa, tapi itu pun kalau buat malam. Dulu selalu pergi, eh tapi tak selalu jugak. 

Tapi kitaorang ada sejenis penyakit. Suka pergi talk kalau speaker jemputan tu artis-artis atau personaliti yang biasa kenal. Kalau nama first time dengar, macam-macam kan alasan bagi tak mau pergi. Nampak sangat permainan dia di situ. Bawak-bawak lah bertaubat cepat-cepat. hoho

Ok, berbalik kepada cerita asal. Semalam, group lawatan antarabangsa ke Kunming, China jemput Farah Lee untuk bagi talk, tentang kisah hijrah beliau. Tak yah cakap lah kan siapa Farah Lee. Kalau ada yang tak kenal tu, boleh google. Tapi ada kawan aku tak kenal. Dengan kondifen beliau cakap nak pergi talk SARAH LEE. Kau mampu? Rasa macam nak tampal-tampal je poster talk tu kat muka beliau..bhahaha



Antara yang dikongsikan, tentang kisah hijrah, susah senang dekat Incheon, tips-tips belajar, tips nak kawen awal..haha.. Ok, tipu. Bukan tips nak kawen awal, tapi more to cara nak pujuk mak ayah supaya bagi kawen awal. Aku rasa masa ni tahap khusyuk semua orang paling atas sekali.

Aku terjatuh hati dengan satu ayat yang Farah cakap, bila beliau cakap tentang people yang berhijrah ni. Kalau ada sesiapa yang megikuti kisah hijrah artis-artis, pernah korang cakap macam ni, *tapi ni aku bagi contoh je lah.. contoh...*

"Perasan tak, Diana Amir bila dah pakai tudung, nampak cantik sangat, manis, kena je gaya tudung ngan dia. Kalau dulu, lawa lagi muka ko aku rasa"

Ayat last tu perli tahap langit lah kan..haha

Then, Farah cakap,

"Orang yang berhijrah ni, bukanlah Allah ubah muka dia, jadi cantik dari tak cantik, macam buat plastic surgery tu. No. Tapi Allah jadikan orang yang memandang mereka ni, pandang yang cantik-cantik je, yang baik-baik. "

Ibaratkan Law of Attraction. Bila orang tu baik, maka dia akan menarik segala zarah-zarah yang baik disekelilingnya, bila semua yang baik je berkumpul, sebab tu kita nampak cantik je semua.

Dan untuk berubah ke arah yang lebih baik tu, bukan lah sehari dua. Tak perlu kepada extreme transformation bagai. Ubah sikit-sikit. Sebab bila kita extreme sangat, takut jiwa melakukan pemberontakan yang extreme jugak.

Semuanya bermula pada diri. 

Cuba silangkan tangan kanan dan tangan kiri, kemudian tengok ibu jari mana satu yang berada di atas. Lepas tu twist, tukarkan ibu jari yang sepatutnya berada di atas tadi ke bawah.

Macam gini

Susah kan? 

Macam tu lah kita. Benda yang dah terbiasa dengan diri, tak mungkin dapat ubah dalam masa sehari dua. Ubah pelan-pelan, sikit-sikit. 

Changes is difficult, yet adventerous

Susah tu pasti ada. Hari ni semangat kental, esok-esok semangat luntur sikit-sikit. Nak naikkan semula semangat tu, Allah saja tau susah senang. Nak istiqamah, lagi payah. Tapi percaya lah, it is worth a try and to fight it. Allah ada, takkan dibiarnya kita susah sensorang, bersedih-sedih.

"Orang kenal Allah tidak pernah kecewa. Siapa kata doa dia tidak makbul itulah antara punca utama doanya tidak diterima. Saya pun fikir kenapa ramai orang cakap doanya tidak makbul. Sebenarnya doa mendekatkan diri kita pada Allah. Sama adakita nampak hasilnya atau tidak.

Doa dan pengharapan yang tinggi pada Allah itulah yang membuat hidup kita jadi bahagia, tenang, berkat, syukur dan membuat kita terus menjadi kuat. Orang yang kurang berdoa tanda hatinya sudah mati. Belajarlah doa panjang-panjang. Minta banyak-banyak..Dalam bahasa masing-masing"


quoted from facebook.

Maka, berdoalah supaya Allah bukakan jalan menuju kepada Dia, Allah permudahkan jalan, Allah hantarkan orang-orang yang baik untuk membantu kita.

Have faith.

You'll be blessed

Tuesday, July 23, 2013

Tempahan glassware & chemicals

Bismillah

Untuk memulakan satu thesis yang memerlukan experiment, tempahan chemical dan glassware haruslah dibuat. Sebab bukan semua chemicals ada dekat teaching lab ataupun storage bahan, lagi kalau tajuk yang suder duper complex. *apa cakap macam journal dah..*

Bak kata Dr, untuk order semua-semua ini, kena imagine. Imagine macam mana nak buat experiment nanti. Tapi aku tak imagine pun. Sebab Dr tolong draft kan method dalam buku..hehehe.. Chemicals, aku listkan, suruh Dr tolong bulatkan mana yang nak order..ngehehe.

Dalam dua tiga bulan sebelum thesis dimulakan, borang tempahan sudah diedarkan. Jadi, haruslah sibuk baca journal, fahamkan dan digest selumatnya. Sebab kalau method tak faham, macam mana nak tempah chemical. Kalau salah order, boleh je untuk order lagi. Tapi harus tunggu dua tiga bulan lagi. Ada sanggup? Balik kampung tanam jagung pun sempat lagi.

Kalau tak kenal mana satu glassware nak guna, sila cari pakcik google. Contohnya macam graduated pipette dengan volumetric pipette. Mana sama. Lepas tu, be specific. Nak berapa ml, berapa banyak.

Chemical pun sama. Kalau nak order nitric acid, jenama apa, purity berapa, jenis apa. Ada yang trace metal, ada yang biasa. Kalau gunakan instrument AAS, kena order yang trace metal punya. 

Order la seberapa banyak dan secukupnya. Even spatula, filter paper, dan sekecil-kecil dropper tu pun masukkan sekali dalam tempahan. Sebab kadang ada experiment yang memerlukan dropper pakai buang dan dalam kuantiti yang banyak. Jangan expect semua memang dah ada dalam lab yang sedia ada tu. Sebab banyak kemungkinan yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran akan berlaku.

Contohnya?

Contohnya macam batch kitaorang lah. Punya lah berangan lepas habis final exam semua dah tersedia, tinggal nak kena amik dan start experiment. Rupanya, hujan di tengah jalan. Bayangkan *ok, sila bayangkan sekarang* 

Sambung tadi. Bayangkan dah tiga bulan berlalu, glassware dan chemicals belum order lagi. Memang mencabar keimanan dan ketaqwaan. Dah lah masa tu most of us berkorban untuk tak balik kampung macam aku *nak jugaakk* semata-mata untuk siapkan thesis.

Bila tanya orang tu, suruh mintak kat orang ni. Mintak kat orang ni, suruh cari orang tu. Seminggu diperuntukkan hanya untuk settlekan glassware dan chemical. Membazir di situ. Tak tahan diperlakukan sbegitu, terus mengadu sampai peringkat tertinggi. Esoknya dengar-dengar TNC buat meeting tergempar, lepas tu dengar-dengar lagi kami digelarkan sebagai batch yang suka menggulingkan orang.

Peduli, yang benar tetap benar, salah tetap salah. Kami mahu tuntut hak kami!!! *demonstrasi*

Ok, cukup. Polis sampai bawa gas pemedih mata X_X

Sambung.. Glassware, memang akan sampai dalam dua tiga bulan. So, pandai-pandai guna apa yang ada setakat tu dulu. PR dengan lab assistant kena mantop, biarlah terpaksa menadah telinga dengar bebelan, tebal muka sana sini, janji experiment dapat berjalan dalam keadaan separuh lancar daripada tak jalan langsung.

Macam aku, chemical yang diperlukan hanyalah standard AAS dan air zamzam. Walaupun dah tau standard tu memang dah ada dekat lab AAS, tapi tetap list down all the standards. Takut-takut kalau yang ada tu dah expired kan.. *over*

Air zamzam pulak, saja list kan sebab bukan nak mintak diorang order, tapi nak peruntukan untuk beli air zamzam tu. Sample kena ada 10. Sebotol RM10, ada yang RM14. Kalau sepuluh, RM100. Tapi akhirnya aku menggunakan duit sendiri jugak sebab malas nak berurusan.

Glassware pulak, alhamdulillah. Sebab aku kena guna standard, so experiment kena buat dekat lab AAS. Apa-apa hal, kena rujuk dengan lab assistant yang jaga instrument tu. Alang-alang kan, segala glassware pun  aku pinjam dari lab tu. Memang heaven la, volumetric flask dapat 15 botol. Boleh guna sesuka hati..hehe.

Ok, setakat ini saja dulu P&P untuk hari ini. Kita sambung next week dengan topik yang sangat menarik, iaitu cara-cara untuk prepare sample.. kbai

You'll be blessed