Monday, August 19, 2013

39:42

Bismillah

Baru dua tiga hari lepas aku terbaca dekat post Saiful Nang ( aku mengikuti beliau sebab gambar-gambar yang diambil sangat superb!), berita tentang pemergian seorang photographer, bride-to-be, akibat kemalangan jalan raya. 

Sebelum ni baca jugak banyak berita tentang kemalangan maut, tapi kenapa entah yang ini sangat terkesan, sampai hari ini aku masih mengikuti kisah pemergian allahyarhamah.

Mungkin ada dua sebab,

Yang pertama, punca kemalangan adalah disebabkan kereta kancil yang dinaiki allahyarhamah bertembung dengan audi yang melanggar lampu merah. 

Emm. Aku dan kawan-kawan selalu buat macam tu. Eh, bukan tang melarikan diri tu. Maksudnya, selalu redah lampu merah tu. Kadang-kadang sebab terlebih laju, malas nak brek, tapi most probably sebab dah lambat, mahu cepat. 

Err, aku yang cakap ni, bukan lah aku yang drive. Tapi aku selalu jadi co-driver, dan yang paling penting, aku lah yang selalu bagi semangat, "go go!! laju je.. sempat lagi tu" kepada driver untuk terus laju meredah lampu merah.

Oleh kerana ini, aku kini insaf, seinsaf-insafnya. Balik nanti mahu bagitau kawan-kawan, tolong lah berhenti kalau dah nampak lampu merah. Walaupun kemalangan tu hanya lah asbab, tapi apa salahnya kita berusaha dan berwaspada. Sekurang-kurangnya, kita tak membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri. Tamau dah buat..huhu

Dan yang kedua, bila godek-godek fb allahyarhamah, terjumpa page yang diusahakan allahyarhamah. Allah, yang hidup ni pun tak terfikir nak buat macam tu. 

Page Jom Solat, dibuat untuk memudahkan orang ramai menghafal makna bacaan solat. Cover photo yang dibuat akan diperbaharui setiap 2 hari. Boleh dijadikan cover photo dekat fb dan sebagainya, maka dengan itu orang ramai akan lebih mudah untuk menghafal dan mengetahui bacaan lepas solat. 

Ah, senangnya nak buat baik.

ni antara contoh header cover photo


Sehingga ke hari ini, masih suka untuk menjengah ke sini, sebab gambar yang diambil semuanya adorable, lovely shoot. 

Orang baik, selalu Allah bagi pinjam kejap je kan :( Dan walaupun aku tak pernah pun kenal allahyarhamah, tapi melalui komen-komen orang sekeliling, gambar-gambar dekat tumblr, memang tau beliau seorang yang baik. 

"Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)"

Amin Ya Rabb

Mari sedekahkan al fatihah dan doakannya. Insya Allah segala ilmu yang diamalkan, hasil usaha dan ilham allahyarhamah akan sampai pahala kepadanya. Sungguh, bijak dan mudahnya cara beliau untuk menyampaikan kebaikan..huhu


==============================


Giliran kita entah bila pula. Yang pasti, kematian tu bila-bila. Jadi, kalau nak buat baik, jangan berkiran-kira, jangan bertangguh-tangguh. Tak perlu pun tunggu awal tahun untuk buat azam baru, atau bila umur bertambah. Buat sikit-sikit, janji berterusan. :)

Till then,

sumber
You'll be blessed

No comments:

Post a Comment