Showing posts with label thesis. Show all posts
Showing posts with label thesis. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

1 pergi, 1000 datang

Bismillah

Alhamdulillah.. alhamdulillah..

Baru tadi, dalam perjalanan ke fakulti, berfikir-fikir sambil menikmati angin pagi, ala-ala dekat New Zealand. Cuma pemandangan di FST kurang lembu, yang lebih adalah kek lembu merata tempat.. T_T

Ramadhan sudah separuh berlalu. Tapi, masih tertanya-tanya, apa yang sudah aku dapat sepanjang separuh bulan yang sudah meninggalkan?

Rutin harian bermula seawal 8.00 pagi sudah bersiap-siap untuk ke fakulti, mengejar thesis yang mesti disiapkan separuh sebelum pulang ke kampung halaman.

Seharian di lab memang menyebabkan kulit dehydrated. Kering, lemah tidak bermaya. Aircond di dalam dan luar lab menyebabkan lagi rela turun naik melalui tangga, daripada terpaksa mengharungi angin sejuk sepanjang perjalanan menuju lif.

Berkejar-kejar, selalu bawa al-quran, tapi kadang tiada masa untuk membelek satu muka surat pun.

Balik dari lab, terus menuju ke bazar untuk membeli makanan berbuka. Dari bazar, pulang ke rumah, bersiap-siap untuk solat asar.

Seusai solat, terus berbaring menunggu waktu berbuka puasa. Kadang-kadang sempat terlelap. Penat.

Lepas maghrib, mengaji sehelai dua, kadang-kadang tidur sekejap menunggu isyak. Baru sambung mengaji.

Awal puasa, diri masih gagah untuk masak sahur, boleh jamu housemate yang lain. Itu pun sebab lab tak start lagi. Pertengahan, masing-masing menyerah. Kadang-kadang mampu bangun untuk makan sebiji kurma dan minum air mineral. 

Begitu lah rutin.

Tambah lagi dengan urusan lawatan antarabangsa yang menyebabkan diri terpaksa ke sana sini, siapkan surat itu ini, berhubung dengan orang itu ini. Juga dalam masa yang sama surat-menyurat untuk seminar kimia perlu diselesaikan. 

Tumpah juga air mata yang ditahan-tahan. 

Kenapa susah sangat nak siap thesis ni. Kenapa banyak songeh untuk uruskan surat-surat ni. Kenapa bila perlu jumpa orang itu ini semua hilang, masa terbuang sedangkan kalau boleh seminit terbuang tu pun boleh siapkan 1% experiment.Penat sangat. Penat yang menyebabkan malas, susah sangat untuk beribadah, merangkak-rangkak.

Terpukul rasa bila baca status seseorang,

"Bulan ramadhan itu bulan al-quran"

Bertanya pada diri, mampukah aku menjadikan ramadhan ini bulan al-quran, sedangkan betapa hebat perlu berperang dengan diri sendiri untuk menghabiskan 1 juzu' satu malam. 

Lantas terus merayu, memohon pada Dia yang telah bersumpah dengan masa, agar diri masih diberi kesempatan untuk beribadah dengan jiwa yang tenang. Agar diberi kesenangan dan kemudahan untuk beribadah di bulan barakah ini. Agar bulan ini berlalu tidak sia-sia, agar tidak lagi terkenang-kenang kelalaian, agar tidak ada penyesalan seandainya ramadhan ini berlalu pergi nanti.

"Berdoalah, bulan ramadhan ini, inSya Allah berkat."

Teringat pesan umi. Benar.

Berdoa sepanjang perjalanan menuju ke fakulti hari ini. Semoga hari ini masih belum terlambat untuk memulakan. Agar al-quran yang dibawa hari ini tidak disia-siakan. Agar dipermudahkan segala urusan hari ni. Agar diberi kelapangan pada diri untuk hari ini.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Belum pun pukul 1.00pm, boleh dikatakan 50% experiment berjaya disiapkan tadi. 

Kaki melangkah dengan senyuman kelegaan di wajah masing-masing, lantas tertidur kepenatan sementara menunggu waktu zohor. 

Sesungguhnya bersama kesusahan itu adanya kemudahan. Tidak keterlaluan jika dikatakan satu kesusahan, bersamanya Allah datangkan 1000 kemudahan. I pergi, 1000 Allah gantikan. :)

"maka, nikmat Tuhan mu manakah yang kamu dustakan.."

Salam Nuzul Quran

You'll be blessed

Wednesday, July 24, 2013

Bottle Treatment

Bismillah

Chemicals dan glassware dah ada. Jom kita mula. Tapi nak mula dari mana pun tak tau.

Bergantung kepada thesis masing-masing. Macam aku. Eh, asek-asek macam ko je kan. Dah aku buat tajuk aku. Kalau buat tajuk orang, mungkin boleh jadi jugak macam awak kan.. kuikuikui

Ok ok.

Disebabkan untuk thesis kali ni, antara objektif beliau ialah untuk mengenalpasti berapa concentration segala metal dalam air zamzam tu. Ada sepuluh sample air zamzam yang dibeli dari kedai dan tempat yang berbeza. Tujuannya?

Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada benarkah air zamzam itu asli atau tidak. Dan mengapakah bahasa macam zaman purbakala.

Sebab takut-takut kalau orang yang menjualnya mengambil kesempatan, mencampurkan sedikit air biasa supaya kelihatan banyak, dalam kata lain dia dilute air zamzam tu supaya concentration nya kurang. Dan dia dapat jual dalam kuantiti yang banyak.

Aku pernah bertanya kepada Dr, apa motif sebenar nak conduct experiment sebegini rupa. Pertanyaan macam motiifff??? Gituu..

Lalu Dr menjelaskan. Its all about our integrity as a muslim. Amek ko. Lagi perlukan penjelasan? 

Integrity sebagai peniaga, yang tahu sepatutnya kena jujur dalam berniaga. Gituu.. Dan inSya Allah, kalau result experiment ini bagus, Dr akan bawakan dalam seminar-seminar yang berkaitan food, halal haram untuk membuka mata dunia, memastikan agar dunia berhati-hati dengan air zamzam di luar sana. Daebak!!

Tapi jangan lah percaya seratus peratus. Pasal Dr nak bawa dalam seminar tu betul, tapi ayat seterusnya tu poyo. heh.. Even aku pun tak yakin Dr boleh bawak dalam seminar, sebab thesis writing aku macam hohoho lircks. Doakan lah supaya tidak ke laut..hehe

Ok, panjang beno explanation kan. Sampai mana tadi? Mari kita sambung semula bila objektif sudah jelas.

Sebelum melakukan apa-apa, botol-botol untuk menyimpan sample dan standard haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Ada 200 lebih semuanya. Bukan main cuci pakai Sunlight tu eh.

Kena rendamkan dalam solution nitric acid, untuk mengelakkan sebarang contaminant, supaya result accurate. Wajib, sebab nanti takut ada kandungan metal dalam botol tu, bila letak sample, bacaan kandungan sebenar takkan dapat lah cerita dia.

Bila dah google, untuk treat glassware dan botol-botol ni, memerlukan 10% nitric acid. Tapi nitric acid yang ada hanya 65% pure. 

Mula-mula, mengikutkan kejahilan diri, aku main tuang nitirc acid yang 65% pure tu dalam besen. Serius jahil tahap entah apa. Dah lah buat di luar fume hood. Berasap-asap ok, macam kabus. Boleh feeling dekat oversea kejap..Nasib baik tak da jadi apa. Tapi untuk long term effect, wallahua'lam la kan. 

Lepas tu, bila rasa-rasa macam step tak kena, baru p google.hehe. Baru tau kena guna 10% je. Macam mana nak jadikan 10%, sila google. Malas aih nak tulis formula. 

Dan bermulalah episod buat dilution 1000ml sebanyak 10 kali, untuk penuhkan besen, lepas tu rendam.

Tapi lepas tu baru dapat idea. Daripada rendam, baik isikan botol tu dengan nitric acid. Settle.

Tapi kerja ni leceh. Serius macam basuh pinggan masa kenduri tu, cuma yang ni basuh guna acid. Mampu? Mampu je, tapi kejap-kejap rasa tangan pedih, gatal. Tau-tau glove tu bocor dah. Kena mintak glove berkali-kali untuk tukar.

Macam ni rupa botol kitaorang. kali 20. Tapi kalau susun macam ni memang menempah naya cerita dia


Dan wa habaq lu awai-awai, kerja ni memakan masa selama tiga hari untuk selesaikan. Berdiri sepanjang hari, serius mengenangkan nasib orang yang kerja kilang selama 8 jam. Baru tahu penat diorang macam mana. Sakit pinggang macam nak patah.huhu. Balik rumah terus collapse.

Lepas tiga hari, kami (aku dan hasanah, lab partner) amek cuti rehat sendiri selama sehari. hahaha..Tapi bukan saja-saja eh. Botol tu kena tahankan selama tiga hari untuk kesan yang memuaskan. Tapi kami malas nak tunggu berhari-hari, cukup sehari dah lah. 

Lepas tu, baru boleh rinse guna deionised water, dan keringkan dalam dryer. Lusa boleh pakai. Guna distilled water pun boleh, tapi tak se'pure' deionised water. Untuk mengelakkan repeat experiment sebab result tak accurate, maka kami mengambil langkah berjaga-jaga. Ikut segala peraturan. *padahal masuk lab tak pakai lab coat suka hati je kan*

Masa ni kami diajar cara-cara menggunakan mesin deionised water tu. Best, rasa macam bekerja bila diri yang pelajar ni dibenarkan guna mesin macam tu. Selalunya pelajar akan amek deionised water tu dari tangki siap. Kitaorang amek dari mesin. Segar dari ladang gituu..hehe..

Ok, nak tunggu botol kering kena rehat sehari lagi. So, jumpa lusa. Kbai

You'll be blessed

Tuesday, July 23, 2013

Tempahan glassware & chemicals

Bismillah

Untuk memulakan satu thesis yang memerlukan experiment, tempahan chemical dan glassware haruslah dibuat. Sebab bukan semua chemicals ada dekat teaching lab ataupun storage bahan, lagi kalau tajuk yang suder duper complex. *apa cakap macam journal dah..*

Bak kata Dr, untuk order semua-semua ini, kena imagine. Imagine macam mana nak buat experiment nanti. Tapi aku tak imagine pun. Sebab Dr tolong draft kan method dalam buku..hehehe.. Chemicals, aku listkan, suruh Dr tolong bulatkan mana yang nak order..ngehehe.

Dalam dua tiga bulan sebelum thesis dimulakan, borang tempahan sudah diedarkan. Jadi, haruslah sibuk baca journal, fahamkan dan digest selumatnya. Sebab kalau method tak faham, macam mana nak tempah chemical. Kalau salah order, boleh je untuk order lagi. Tapi harus tunggu dua tiga bulan lagi. Ada sanggup? Balik kampung tanam jagung pun sempat lagi.

Kalau tak kenal mana satu glassware nak guna, sila cari pakcik google. Contohnya macam graduated pipette dengan volumetric pipette. Mana sama. Lepas tu, be specific. Nak berapa ml, berapa banyak.

Chemical pun sama. Kalau nak order nitric acid, jenama apa, purity berapa, jenis apa. Ada yang trace metal, ada yang biasa. Kalau gunakan instrument AAS, kena order yang trace metal punya. 

Order la seberapa banyak dan secukupnya. Even spatula, filter paper, dan sekecil-kecil dropper tu pun masukkan sekali dalam tempahan. Sebab kadang ada experiment yang memerlukan dropper pakai buang dan dalam kuantiti yang banyak. Jangan expect semua memang dah ada dalam lab yang sedia ada tu. Sebab banyak kemungkinan yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran akan berlaku.

Contohnya?

Contohnya macam batch kitaorang lah. Punya lah berangan lepas habis final exam semua dah tersedia, tinggal nak kena amik dan start experiment. Rupanya, hujan di tengah jalan. Bayangkan *ok, sila bayangkan sekarang* 

Sambung tadi. Bayangkan dah tiga bulan berlalu, glassware dan chemicals belum order lagi. Memang mencabar keimanan dan ketaqwaan. Dah lah masa tu most of us berkorban untuk tak balik kampung macam aku *nak jugaakk* semata-mata untuk siapkan thesis.

Bila tanya orang tu, suruh mintak kat orang ni. Mintak kat orang ni, suruh cari orang tu. Seminggu diperuntukkan hanya untuk settlekan glassware dan chemical. Membazir di situ. Tak tahan diperlakukan sbegitu, terus mengadu sampai peringkat tertinggi. Esoknya dengar-dengar TNC buat meeting tergempar, lepas tu dengar-dengar lagi kami digelarkan sebagai batch yang suka menggulingkan orang.

Peduli, yang benar tetap benar, salah tetap salah. Kami mahu tuntut hak kami!!! *demonstrasi*

Ok, cukup. Polis sampai bawa gas pemedih mata X_X

Sambung.. Glassware, memang akan sampai dalam dua tiga bulan. So, pandai-pandai guna apa yang ada setakat tu dulu. PR dengan lab assistant kena mantop, biarlah terpaksa menadah telinga dengar bebelan, tebal muka sana sini, janji experiment dapat berjalan dalam keadaan separuh lancar daripada tak jalan langsung.

Macam aku, chemical yang diperlukan hanyalah standard AAS dan air zamzam. Walaupun dah tau standard tu memang dah ada dekat lab AAS, tapi tetap list down all the standards. Takut-takut kalau yang ada tu dah expired kan.. *over*

Air zamzam pulak, saja list kan sebab bukan nak mintak diorang order, tapi nak peruntukan untuk beli air zamzam tu. Sample kena ada 10. Sebotol RM10, ada yang RM14. Kalau sepuluh, RM100. Tapi akhirnya aku menggunakan duit sendiri jugak sebab malas nak berurusan.

Glassware pulak, alhamdulillah. Sebab aku kena guna standard, so experiment kena buat dekat lab AAS. Apa-apa hal, kena rujuk dengan lab assistant yang jaga instrument tu. Alang-alang kan, segala glassware pun  aku pinjam dari lab tu. Memang heaven la, volumetric flask dapat 15 botol. Boleh guna sesuka hati..hehe.

Ok, setakat ini saja dulu P&P untuk hari ini. Kita sambung next week dengan topik yang sangat menarik, iaitu cara-cara untuk prepare sample.. kbai

You'll be blessed

Saturday, July 20, 2013

Elemental Analysis of Zamzam water

Bismillah

Elemental Analysis of Zamzam Water, tajuk thesis yang berjaya diringkaskan. Kalau tak, jenuh nak hafal tajuk sebenar, "Study the composition of minerals content in Zamzam water by using Atomic Absorbtion Spectroscopy (AAS) and Principal Component Technology (PCA). 

Semput ok..

Ni lah tajuk yang Dr beriya-beriya bagi kat aku, katanya tajuk ni sesuai lah dengan usim, islamic siap. Lagi pun untuk presentation dan thesis writing, Dr memang request suruh masukkan kalau-kalau ada hadis berkaitan air zamzam. Berpinar-pinar mata cari dekat internet, lepas tu mengesahkan kesahihan hadis. Lepas tu, pening fikir macam mana nak buat reference untuk kitab hadis. Alhamdulillah, berjaya jugak setelah berpening-pening dahulu.

Bila dah go through experiment ni, bersyukur sangat weh sebab aku rasa experiment aku paling kurang terdedah dengan hazardous chems. Boleh steady buat dilution tak pakai glove, pakai sweater ganti labcoat sebab dah malas nak sarung-sarung bagai..heh.

Paling kurang bahaya pun, masa kena treat all the bottles untuk preserve sample, kena guna nitric acid. Preparing 10% nitric acid from 65% pure. Nanti aku cerita macam mana procedure nya. Yang penting sepanjang tiga hari buat kerja tu, sehari at least kena tukar 3 glove. Buat-buat kerja, tetiba rasa "eh, gatalnya tangan ni.." Tau glove dah berlubang sana sini.

Kadang tu, nitric acid tu splash terkena muka, termasuk mata. Mengagau cari sink, basuh mata cepat-cepat. Padan muka, borak lagi sambil buat kerja, ingat ni kerja macam kerja basuh pinggan masa rewang orang kenduri tu..

Well.. Tu lah dinamakan suka duka hidup sebagai chemist kan.. Tapi tak payah nak chemist sangat lah kan. Sebab aku dah bercita-cita tinggi untuk tidak menjadi chemist kalau prospek kerja terlalu akrab dengan chems yang berbahaya..hahaha.. Siap declare mahu jadi suri rumah sepenuh masa daripada jadi chemist..ngeng..

Eh, panjang melalut. Sebenarnya ingin bercerita tentang step untuk menjayakan experiment ini.. Chewahh.. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk adik-adik. Tapi jangan kata adik-adik, aku pun bakal merujuk sini semula sebab semua nota yang diconteng dalam buku thesis yang dihadiahkan oleh Dr Rahman, bakal dipulangkan kepada beliau semula, untuk bukti kami buat thesis katanya. *kata hadiaaaaahhh...

Jadi, step yang terllibat adalah seperti berikut :

3) Standard Preparation
4) Sample Filtration
5) AAS
6) PCA

Nanti aku cerita secara detail. Ok lah, jumpa esok. 

*bosan kan asyik cerita pasal thesis memanjang. haha.. Biaq pi la... :P

You'll be blessed