Wednesday, July 24, 2013

Bottle Treatment

Bismillah

Chemicals dan glassware dah ada. Jom kita mula. Tapi nak mula dari mana pun tak tau.

Bergantung kepada thesis masing-masing. Macam aku. Eh, asek-asek macam ko je kan. Dah aku buat tajuk aku. Kalau buat tajuk orang, mungkin boleh jadi jugak macam awak kan.. kuikuikui

Ok ok.

Disebabkan untuk thesis kali ni, antara objektif beliau ialah untuk mengenalpasti berapa concentration segala metal dalam air zamzam tu. Ada sepuluh sample air zamzam yang dibeli dari kedai dan tempat yang berbeza. Tujuannya?

Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada benarkah air zamzam itu asli atau tidak. Dan mengapakah bahasa macam zaman purbakala.

Sebab takut-takut kalau orang yang menjualnya mengambil kesempatan, mencampurkan sedikit air biasa supaya kelihatan banyak, dalam kata lain dia dilute air zamzam tu supaya concentration nya kurang. Dan dia dapat jual dalam kuantiti yang banyak.

Aku pernah bertanya kepada Dr, apa motif sebenar nak conduct experiment sebegini rupa. Pertanyaan macam motiifff??? Gituu..

Lalu Dr menjelaskan. Its all about our integrity as a muslim. Amek ko. Lagi perlukan penjelasan? 

Integrity sebagai peniaga, yang tahu sepatutnya kena jujur dalam berniaga. Gituu.. Dan inSya Allah, kalau result experiment ini bagus, Dr akan bawakan dalam seminar-seminar yang berkaitan food, halal haram untuk membuka mata dunia, memastikan agar dunia berhati-hati dengan air zamzam di luar sana. Daebak!!

Tapi jangan lah percaya seratus peratus. Pasal Dr nak bawa dalam seminar tu betul, tapi ayat seterusnya tu poyo. heh.. Even aku pun tak yakin Dr boleh bawak dalam seminar, sebab thesis writing aku macam hohoho lircks. Doakan lah supaya tidak ke laut..hehe

Ok, panjang beno explanation kan. Sampai mana tadi? Mari kita sambung semula bila objektif sudah jelas.

Sebelum melakukan apa-apa, botol-botol untuk menyimpan sample dan standard haruslah dibersihkan terlebih dahulu. Ada 200 lebih semuanya. Bukan main cuci pakai Sunlight tu eh.

Kena rendamkan dalam solution nitric acid, untuk mengelakkan sebarang contaminant, supaya result accurate. Wajib, sebab nanti takut ada kandungan metal dalam botol tu, bila letak sample, bacaan kandungan sebenar takkan dapat lah cerita dia.

Bila dah google, untuk treat glassware dan botol-botol ni, memerlukan 10% nitric acid. Tapi nitric acid yang ada hanya 65% pure. 

Mula-mula, mengikutkan kejahilan diri, aku main tuang nitirc acid yang 65% pure tu dalam besen. Serius jahil tahap entah apa. Dah lah buat di luar fume hood. Berasap-asap ok, macam kabus. Boleh feeling dekat oversea kejap..Nasib baik tak da jadi apa. Tapi untuk long term effect, wallahua'lam la kan. 

Lepas tu, bila rasa-rasa macam step tak kena, baru p google.hehe. Baru tau kena guna 10% je. Macam mana nak jadikan 10%, sila google. Malas aih nak tulis formula. 

Dan bermulalah episod buat dilution 1000ml sebanyak 10 kali, untuk penuhkan besen, lepas tu rendam.

Tapi lepas tu baru dapat idea. Daripada rendam, baik isikan botol tu dengan nitric acid. Settle.

Tapi kerja ni leceh. Serius macam basuh pinggan masa kenduri tu, cuma yang ni basuh guna acid. Mampu? Mampu je, tapi kejap-kejap rasa tangan pedih, gatal. Tau-tau glove tu bocor dah. Kena mintak glove berkali-kali untuk tukar.

Macam ni rupa botol kitaorang. kali 20. Tapi kalau susun macam ni memang menempah naya cerita dia


Dan wa habaq lu awai-awai, kerja ni memakan masa selama tiga hari untuk selesaikan. Berdiri sepanjang hari, serius mengenangkan nasib orang yang kerja kilang selama 8 jam. Baru tahu penat diorang macam mana. Sakit pinggang macam nak patah.huhu. Balik rumah terus collapse.

Lepas tiga hari, kami (aku dan hasanah, lab partner) amek cuti rehat sendiri selama sehari. hahaha..Tapi bukan saja-saja eh. Botol tu kena tahankan selama tiga hari untuk kesan yang memuaskan. Tapi kami malas nak tunggu berhari-hari, cukup sehari dah lah. 

Lepas tu, baru boleh rinse guna deionised water, dan keringkan dalam dryer. Lusa boleh pakai. Guna distilled water pun boleh, tapi tak se'pure' deionised water. Untuk mengelakkan repeat experiment sebab result tak accurate, maka kami mengambil langkah berjaga-jaga. Ikut segala peraturan. *padahal masuk lab tak pakai lab coat suka hati je kan*

Masa ni kami diajar cara-cara menggunakan mesin deionised water tu. Best, rasa macam bekerja bila diri yang pelajar ni dibenarkan guna mesin macam tu. Selalunya pelajar akan amek deionised water tu dari tangki siap. Kitaorang amek dari mesin. Segar dari ladang gituu..hehe..

Ok, nak tunggu botol kering kena rehat sehari lagi. So, jumpa lusa. Kbai

You'll be blessed

No comments:

Post a Comment