Tuesday, July 23, 2013

Tempahan glassware & chemicals

Bismillah

Untuk memulakan satu thesis yang memerlukan experiment, tempahan chemical dan glassware haruslah dibuat. Sebab bukan semua chemicals ada dekat teaching lab ataupun storage bahan, lagi kalau tajuk yang suder duper complex. *apa cakap macam journal dah..*

Bak kata Dr, untuk order semua-semua ini, kena imagine. Imagine macam mana nak buat experiment nanti. Tapi aku tak imagine pun. Sebab Dr tolong draft kan method dalam buku..hehehe.. Chemicals, aku listkan, suruh Dr tolong bulatkan mana yang nak order..ngehehe.

Dalam dua tiga bulan sebelum thesis dimulakan, borang tempahan sudah diedarkan. Jadi, haruslah sibuk baca journal, fahamkan dan digest selumatnya. Sebab kalau method tak faham, macam mana nak tempah chemical. Kalau salah order, boleh je untuk order lagi. Tapi harus tunggu dua tiga bulan lagi. Ada sanggup? Balik kampung tanam jagung pun sempat lagi.

Kalau tak kenal mana satu glassware nak guna, sila cari pakcik google. Contohnya macam graduated pipette dengan volumetric pipette. Mana sama. Lepas tu, be specific. Nak berapa ml, berapa banyak.

Chemical pun sama. Kalau nak order nitric acid, jenama apa, purity berapa, jenis apa. Ada yang trace metal, ada yang biasa. Kalau gunakan instrument AAS, kena order yang trace metal punya. 

Order la seberapa banyak dan secukupnya. Even spatula, filter paper, dan sekecil-kecil dropper tu pun masukkan sekali dalam tempahan. Sebab kadang ada experiment yang memerlukan dropper pakai buang dan dalam kuantiti yang banyak. Jangan expect semua memang dah ada dalam lab yang sedia ada tu. Sebab banyak kemungkinan yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran akan berlaku.

Contohnya?

Contohnya macam batch kitaorang lah. Punya lah berangan lepas habis final exam semua dah tersedia, tinggal nak kena amik dan start experiment. Rupanya, hujan di tengah jalan. Bayangkan *ok, sila bayangkan sekarang* 

Sambung tadi. Bayangkan dah tiga bulan berlalu, glassware dan chemicals belum order lagi. Memang mencabar keimanan dan ketaqwaan. Dah lah masa tu most of us berkorban untuk tak balik kampung macam aku *nak jugaakk* semata-mata untuk siapkan thesis.

Bila tanya orang tu, suruh mintak kat orang ni. Mintak kat orang ni, suruh cari orang tu. Seminggu diperuntukkan hanya untuk settlekan glassware dan chemical. Membazir di situ. Tak tahan diperlakukan sbegitu, terus mengadu sampai peringkat tertinggi. Esoknya dengar-dengar TNC buat meeting tergempar, lepas tu dengar-dengar lagi kami digelarkan sebagai batch yang suka menggulingkan orang.

Peduli, yang benar tetap benar, salah tetap salah. Kami mahu tuntut hak kami!!! *demonstrasi*

Ok, cukup. Polis sampai bawa gas pemedih mata X_X

Sambung.. Glassware, memang akan sampai dalam dua tiga bulan. So, pandai-pandai guna apa yang ada setakat tu dulu. PR dengan lab assistant kena mantop, biarlah terpaksa menadah telinga dengar bebelan, tebal muka sana sini, janji experiment dapat berjalan dalam keadaan separuh lancar daripada tak jalan langsung.

Macam aku, chemical yang diperlukan hanyalah standard AAS dan air zamzam. Walaupun dah tau standard tu memang dah ada dekat lab AAS, tapi tetap list down all the standards. Takut-takut kalau yang ada tu dah expired kan.. *over*

Air zamzam pulak, saja list kan sebab bukan nak mintak diorang order, tapi nak peruntukan untuk beli air zamzam tu. Sample kena ada 10. Sebotol RM10, ada yang RM14. Kalau sepuluh, RM100. Tapi akhirnya aku menggunakan duit sendiri jugak sebab malas nak berurusan.

Glassware pulak, alhamdulillah. Sebab aku kena guna standard, so experiment kena buat dekat lab AAS. Apa-apa hal, kena rujuk dengan lab assistant yang jaga instrument tu. Alang-alang kan, segala glassware pun  aku pinjam dari lab tu. Memang heaven la, volumetric flask dapat 15 botol. Boleh guna sesuka hati..hehe.

Ok, setakat ini saja dulu P&P untuk hari ini. Kita sambung next week dengan topik yang sangat menarik, iaitu cara-cara untuk prepare sample.. kbai

You'll be blessed

No comments:

Post a Comment