Saturday, July 20, 2013

Elemental Analysis of Zamzam water

Bismillah

Elemental Analysis of Zamzam Water, tajuk thesis yang berjaya diringkaskan. Kalau tak, jenuh nak hafal tajuk sebenar, "Study the composition of minerals content in Zamzam water by using Atomic Absorbtion Spectroscopy (AAS) and Principal Component Technology (PCA). 

Semput ok..

Ni lah tajuk yang Dr beriya-beriya bagi kat aku, katanya tajuk ni sesuai lah dengan usim, islamic siap. Lagi pun untuk presentation dan thesis writing, Dr memang request suruh masukkan kalau-kalau ada hadis berkaitan air zamzam. Berpinar-pinar mata cari dekat internet, lepas tu mengesahkan kesahihan hadis. Lepas tu, pening fikir macam mana nak buat reference untuk kitab hadis. Alhamdulillah, berjaya jugak setelah berpening-pening dahulu.

Bila dah go through experiment ni, bersyukur sangat weh sebab aku rasa experiment aku paling kurang terdedah dengan hazardous chems. Boleh steady buat dilution tak pakai glove, pakai sweater ganti labcoat sebab dah malas nak sarung-sarung bagai..heh.

Paling kurang bahaya pun, masa kena treat all the bottles untuk preserve sample, kena guna nitric acid. Preparing 10% nitric acid from 65% pure. Nanti aku cerita macam mana procedure nya. Yang penting sepanjang tiga hari buat kerja tu, sehari at least kena tukar 3 glove. Buat-buat kerja, tetiba rasa "eh, gatalnya tangan ni.." Tau glove dah berlubang sana sini.

Kadang tu, nitric acid tu splash terkena muka, termasuk mata. Mengagau cari sink, basuh mata cepat-cepat. Padan muka, borak lagi sambil buat kerja, ingat ni kerja macam kerja basuh pinggan masa rewang orang kenduri tu..

Well.. Tu lah dinamakan suka duka hidup sebagai chemist kan.. Tapi tak payah nak chemist sangat lah kan. Sebab aku dah bercita-cita tinggi untuk tidak menjadi chemist kalau prospek kerja terlalu akrab dengan chems yang berbahaya..hahaha.. Siap declare mahu jadi suri rumah sepenuh masa daripada jadi chemist..ngeng..

Eh, panjang melalut. Sebenarnya ingin bercerita tentang step untuk menjayakan experiment ini.. Chewahh.. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk adik-adik. Tapi jangan kata adik-adik, aku pun bakal merujuk sini semula sebab semua nota yang diconteng dalam buku thesis yang dihadiahkan oleh Dr Rahman, bakal dipulangkan kepada beliau semula, untuk bukti kami buat thesis katanya. *kata hadiaaaaahhh...

Jadi, step yang terllibat adalah seperti berikut :

3) Standard Preparation
4) Sample Filtration
5) AAS
6) PCA

Nanti aku cerita secara detail. Ok lah, jumpa esok. 

*bosan kan asyik cerita pasal thesis memanjang. haha.. Biaq pi la... :P

You'll be blessed

No comments:

Post a Comment