Thursday, August 15, 2013

Satu hari di hari raya

Bismillah

Raya tahun ini, boleh dikatakan ada improvement dari raya tahun sebelumnya. Tahun lalu, saya (rasa macam buat karangan SPM..heh) berseorangan memasang langsir. Sudah lah mempunyai ketinggian yang tak seberapa, maka seratus peratus bergantung dengan tangga. 

Penat turun naik tangga, akhirnya saya melepak di atas tangga, kain langsir lilit di bahu, manakala cangkuk letak dalam plastik, lilit di pinggang. Kalau salah adjust, tak perlu turun naik tangga tu. Penat duduk atas tangga, kusyen di susun tinggi-tinggi, baru lah empuk sikit. Susun atur perabot pun buat sendirian, mana lah kerja tu dibuat sampai ke tengah malam.

Tapi, Allah memang maha adil. Dia bagi kami adik beradik cuti yang sama rata. Hari Jumaat seminggu sebelum raya, semua sudah berkumpul di rumah.

Yang tinggi tolong pasangkan langsir, siap lima hari sebelum raya. Yang besar tolong angkatkan perabot, pun selesai. Yang anak dara seorang, tolong isikan kuih dalam balang, malam raya pun tak siap-siap. Yang sorang lagi, tolong gosokkan baju seisi keluarga, esok pagi kelam kabut bangun awal sebab beliau seterika baju sendiri saja. Adeh. Nasib badan.

Kali ini saya mengambil kesempatan menjadi Mem Besar. Siapa melawan, awas lah. Terus panggil abah. Kuat mengadu betul. Saya tahu, memang annoying sungguh dapat kakak seperti ini. Tapi kalau lah saya mempunyai pilihan lain, dan kalau lah saya diberi pilihan untuk memilih orang-orang yang rajin sahaja menjadi adik-beradik.. Kejam sungguh bunyinya. Well, kalau lah ada sesiapa di antara anda yang bertahan minta tolong buat kerja sepuluh kali, tapi kali yang kedua puluh kali baru masing-masing tunjuk muka..Macam mana tu?  =.=

Dan raya tahun ini, tiada lagi insiden mencelup tudung putih dengan pewarna kuih warna merah. Tudung saya dah siap-siap beli..yeay!

Cuma bertambah satu insiden, bila malam hari raya kain baju kurung anak dara berdua tu tiba-tiba hilang. haha. Kelam kabut mencari satu rumah, rupanya kain tu bersembunyi dalam karung kain menjahit umi. Yang tukang kemas tu saya la. haha. Kesian. Mereka hampir-hampir berkain batik di pagi raya.. T_T

Di pagi syawal, selalunya selesai solat sunat hari raya, sesi fotografi untuk dua isi keluarga (keluarga saya dan pakcik) akan diadakan. Sebenarnya memang perlu dua keluarga, sebab kamera besar yang canggih tu pakcik yang punya. nampak tak permainan dia di situ..

Tapi raya kali ini, abah seakan terlupa. Selesai sesi bersalaman dan bermaafan dan berhuluran duit raya itu yang paling penting  semua bersiap-siap ke kuburan. Sebenarnya sebelum ini abah tu rilek saja pegi kuburan tiga hari sebelum raya. Tapi dek kerana pengaruh drama, tambahan semenjak pemergian arwah matua, baru lah kami sekeluarga menziarahi kuburan di pagi syawal, baru ada feel sikit..:)

Gambar wajib ada setiap tahun.



Begitu lah kisahnya satu hari di hari raya. Malam raya kelima, terpaksa lah abah mengimport si pakcik untuk sesi fotografi. Kalau tiada gambar satu keluarga tahun ni, bermakna tiada banner untuk raya tahun hadapan..huahaha. *yang lalu lalang depan rumah tu mesti faham..hahaha*


family potret

free style. Tapi macam tangga style pon bolehh..

the girls.. err, tapi yang sebelah kanan abah tu memang lah bukan anak abah..:)

Sekian sahaja untuk kali ini. Rasa macam mahu tampar diri sendiri sebab menggunakan kata ganti nama saya. Teringat kenangan masa mula-mula masuk tamhidi dulu, bila berkenalan dengan kawan-kawan lain dan membahasakan diri sebagai saya, terus saya dianggap sebagai orang Indonesia.. kojaq sungguh..hahaha..

Sebenarnya entry ni dah lama dalam draft, cuma tunggu untuk publish, lambat sikit sebab gambar belum edit. Tapi kalau dah cantik tu, tak yah edit pun tak apa, kan? hoiiiiiiii.... hahahaha..^_____________________^

Last but not least, terima lah gambar di bawah ni.

hah, pilih2x lah..hahaha.. 

Eh, jangan lupa terus berdoa untuk saudara kita di Mesir. Saya suka dapatkan news update dari sini, atau dari kawan-kawan yang rajin update. Terima kasih atas keprihatinan dan doa .. :)

You'll be blessed

No comments:

Post a Comment