Thursday, October 17, 2013

Eiduladha

Bismillah
Bila sambut raya haji, sinonim dengan korban, pengorbanan, atau yang seerti dengannya. Masing-masing ada sejarah sendiri tentang pengorbanan masing-masing, tak kisah lah melibatkan diri sendiri atau orang lain sekali. 

Apa pun, semuanya bergantung pada niat dan ikhlas. Keduanya adik beradik. Sifirnya senang, kalau salah satu tak betul, maka dua-dua pun salah. Got it? :) 



And above all, pengorbanan sebaiknya yang memberi manfaat kepada orang lain jugak. Kalau pun tak mampu, sekurang-kurangnya baik untuk diri, dan tidak menyusahkan orang lain. Semoga bernilai di sisi Allah. :)

Salam Eiduladha yang terlambat :)

*tapi tak pa, kat masjid masih lagi dengar takbir seusai solat..eheh

Ikhlas,
Mangsa korban kelas @___@

---------------------------------------

Alhamdulillah, kali pertama beraya di kampung setelah 4 tahun sambut di negeri orang. Perasaan? Biasa-biasa saja, tak boleh nak enjoy sangat sebab thesis writing tak start satu habuk pun sampai hari ni.. Aiyaakkk..!! Till then~

You'll be blessed

Monday, October 14, 2013

DIY hand bouquet

Bismillah

Untuk menjamin ke"tidak berterabur"an hidup anda, adalah baiknya sebelum tidoq buat check list kerja-kerja yang nak dibuat esok pagi. Jadi, bangun pagi-pagi tidaklah serabai kusut memikirkan banyaknya kerja yang nak kena buat. Nak buat writing la, writing pulak terbahagi kepada banyak bahagian, nak siapkan hand bouquet la, siapkan bunga pelamin la, design itu la, ini lah. 

Ewahh.. Ko sekarang dah tukar profesion ke apa?kuang3x

Check list dah buat, tapi apa kata kita mulakan hidup dengan buat perkara yang kita suka terlebih dahulu.. ^___^

Jadinya, pagi hari ini (walaupun sekarang dah dekat nak maghrib..sebab aku mula dari pagi dan siaran tergendala sebentar, siapkan sungkai..) start men DIY wedding hand bouquet. Semalam dah godek-godek en google, cari idea. Memang sehari jugak lah amek masa untuk menyiapkan beliau, sebab ini adalah cubaan kali pertama. Alhamdulillah, ada rupa jugak lah macam sotong kurita..hahaha..

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut,


1. Kain organza, untuk selitkan kat bouquet tu, saja, buat penambah seri.. *act, mata sudah berpinar sebab tengok bunga warna pink, reben pink, dinding pink, cadar pink.. aiiyakkk*

2. Yang kuning dalam plastik tu, entah nama apa entah. Yang dawai pendek orang selalu guna ikat bunga telur.

3. Reben pink lebar sikit, reben mint green kurang lebar..haha.

4. Dan bunga. Guna bunga foam/ span. Dua jambangan.

Cara-caranya, senang aja. Ikat reben macam dalam gambar tu, lepas tu gamkan di sekeliling bouquet (guna glue gun). Dan siap.

Ni separuh siap



Yang ni dah siap





Dah siap, harus masuk kotak, bawak balik Nilai.. yeay..


Sekian.

=====================

Sebenarnya ini housemate, coursemate, coffeemate yang punya. Aku percaya, masalah ini pernah melanda hidup semua orang, yang mana bila best friend yang kawin, tapi diri sendiri yang super excited. Kan kan kan?? Jangan tipu okei...

Bila kawan-kawan kawin masa belajar ni, seronok lah, boleh tolong itu ini, teman membeli-belah. Lepas tu, yang tak kawin lagi excited terlebih pilih itu ini, kaann... X__________X

Eh, lupa cakap, tema kawin tiffany blue. Comel kan? Tapi bunga warna pink, sebab bride to be kelemasan dari kepala sampai kaki warna tiffany blue.

Cepat lah kawin kawan oii... Kitaorang tak sabaq nak dapat anak buah masa konvo nanti...kekekeke..

Till then~

You'll be blessed

Sunday, October 13, 2013

IChemS'13

Bismillah

Sebenarnya IChemS'13 dah lama berlalu. IChemS'13 adalah singkatan kepada IChemTech Seminar 2013. Jangan ditanya apa tu IChemTech. Jenuh aih nak tulis panjang-panjang. Sepanjang meniti hari-hari untuk berlangsungnya seminar ni, macam-macam kejadian berlaku, pahit manis, sentap sana sini, itu semua perkara biasa kan. Lagi-lagi dekat-dekat hari kejadian, bila masing-masing stress, mula lah..hahaha

Sebagai s/u bersama, haruslah aku tau apa yang kena, apa yang tak kena dengan perjalanan IChemS'13. Mari aku senaraikan apa yang perlu untuk seminar-seminar macam ni. Sekurang-kurangnya, tidak lah sia-sia aku menjadi s/u, orang lain boleh buat rujukan walaupun rujukan ni tak seberapa..kui3x..

Pengenalan, IChemS'13 ni merupakan seminar wajib dikendalikan oleh abang-abang dan kakak-kakak senior tahun 4, tapi tak masuk jam kredit la. Amboi, takkan kalau masuk jam kredit baru ko nak buat kerja kan..hahah. Sama macam 4 kos lain yang terdapat d FST. Seminar-seminar yang melibatkan semua kos ni di bawah Seminar Kebangsaan Sains Islam, gitu. 


Jadinya, sebagai s/u, apa yang perlu dibuat ialah banyaakk..haha.. Dan bersyukurlah, sebab tuan pengarah lantik dua orang s/u, sekurang-kurangnya kerja boleh dibahagikan.


1. Paperwork. Haruslah kan. Yang memeningkan dalam bab ni, tang kira-kira untuk bajet tu lah. Yang ni aku tak join.. Paperwork dah siap, boleh hantar untuk minta kelulusan.


2. Pakej tajaan. Pakej tajaan dibuat beserta surat kebenaran tajaan daripada NC dan surat memohon tajaan. Surat kebenaran tajaan daripada NC haruslah dibuat awal, sebab untuk minta kelulusan tu memerlukan masa 2 minggu. Dah dapat pakej tajaan, surat kebenaran memohon tajaan daripada NC, dan surat memohon tajaan, boleh lah mintak tajaan kat pihak luar. Bawa sekali paperwork. 

Cara minta tajaan : Pergi lah mana-mana syarikat, atau bank, kemudian present paperwork dan pakej tajaan, lepas tu pandai-pandailah. haha. Ni aku tak join, sebab kerja aku buat surat dan pakej tajaan saja. 


Duit tajaan nanti akan dimasukkan dalam akaun bendahari uni/ dalam bentuk cek tapi atas nama bendahari uni, so kena buat surat lagi untuk maklumkan tu duit untuk seminar kita. 

3. Surat menyurat. Sebenarnya aku dah mulai lupa surat apa yang perlu dibuat..hahaha.. Yang aku ingat, surat lantikan penceramah, surat jemputan untuk universiti luar, surat jemputan untuk pensyarah, surat kebenaran pelepasan ko-ko (kalau perlu).

Nampak macam senang kan.. Tapi bersilat jugak aku dibuatnya. Lagi-lagi tang surat penceramah tu. 

4. Buat check list tugas pada hari-hari terakhir sebelum hari kejadian. Kiranya, semua ajk akan tahu apa yang belum dan perlu dibuat dan diselesaikan pada hari kejadian. 

5. Buat borang penilaian untuk dimasukkan dalam file peserta. Borang penilaian ni penting untuk post mortem dan improvement dari semasa ke semasa. 

6. Minit mesyuarat. Tapi aku buat 1 je, yang lain tuan pengarah tolong buatkan, sebab aku terlupa..kui3x.. 

7. Jadi admin page IChemS'13. Yang ni, memerah idea jugak nak buat ayat untuk attract orang datang seminar.

8. Lain-lain, kena bahagikan nama dan ajk, lepas tu update dan kemaskini tentatif, update dan kemaskini kewangan dan belanjawan. Dan buat buku cenderahati serta brocher tentatif. Yang ni di luar bidang tugas, tapi bila dah last minit, tolong kawan apa salahnya. Tapi design semua ajk multimedia tolong buatkan. 

Pada hari kejadian, aku bertugas sebagai ajk tambahan untuk pendaftaran (bagi goodies) dan makanan pulak. Kepada ajk yang tugasnya dah selesai, elok lah tolong menolong ajk lain, sebab tak semua ajk ahli-ahlinya cukup. 

our registration committees.. mengamalkan 5S katanya :)


Petang hari kejadian, kembali jadi s/u, kutip dan finalise semua komen-komen dari borang penilaian, sebab nanti ada post mortem, haruslah dikongsikan segala komen yang membina. Aku baca borang-borang tu sambil gelak, macam-macam komen ada..hahaha

Antaranya, 

# Pasal aircond. Sejuk giloss.. Sampai yang komen, " dewan sejuk sangat, semua orang beku, penceramah beku, pensyarah beku, peserta beku.." haha.. Aku pun baru tau yang sebenarnya boleh call pihak yang berkenaan untuk kurangkan aircond. huhuhu

# Masalah teknikal. LCD kurang jelas, mic, video, macam-macam. Tapi tak pe lah, yang penting semua dah buat yang terbaik.

# Makanan. Yang ni memang sangat-sangat kuciwa gua bilang sama lu.. Masalah induvidu yang kitaorang tempah makanan tu. Dari sarapan, sampailah ke minum petang, semua serba tak kena. Bukan apa, kesian dekat peserta. Aku pun, kalau jadi peserta, of course la makanan merupakan perkara utama yang akan diambil kira. Ya lah, bayar banyak-banyak, berjam-jam bertahan dalam sejuk beku dengar seminar, keluar-keluar beratur amik makanan, sekali tengok makanan macam.... alahai.. Malas dah nak ungkit mengungkit. Sedih, kecewa, kesian dekat peserta, lagi kesian dekat ajk-ajk, sebab dapat makanan yang macam...alahai alahai alahai.. Bak kata diorang, "kita dapat yang buruk-buruk takpe, asal peserta semua dapat yang ok (walaupun sebenarnya tak berapa nak ok).



 Pengajaran, yang pertama, jangan tempah makanan untuk tiga waktu sekaligus dengan orang yang sama. Kedua, jangan tempah lagi dari orang berkenaan.. =.=

# Punctuality. Yang ni kami langsung tak setuju. Sebabnya kebanyakan yang tak punctual tu adalah dari peserta sendiri. Majlis hanya akan bermula kalau perasmi dan penceramah sampai, dan kena tengok jugak crowd. Tapi kebanyakan peserta ni kadang-kadang suka hati buat macam majlis sendiri. Orang tengah nyanyi lagu usim, baru masuk hall, dah pukul 2 lebih, baru nak makan, sedangkan majlis nak start pukul 2.30pm. Apa pun, pengajaran kepada adik-adik junior terutamanya, jangan buat macam tu kat majlis orang, sebab nanti anda semua pun akan melalui perkara yang sama, dan tak mustahil orang buat macam tu kat majlis anda semua. Percayalah, bukan nak suruh jaga hati senior-senior. Tapi diorang ni ada kuasa veto. :P

# Baju cantik. Ni paling tak boleh blah. Sempat lagi..haha.. Baju sweet la, nice lah.. haha

Alhamdulillah, IChemS'13 berakhir dengan jayanya. Walaupun ada yang last minit, seperti confirmation penceramah dari MPOB, yang tu memang last minit. Slot start pukul 11.30 am, tapi pukul 10 am baru dapat confirmkan penceramah. Menyebabkan kerja-kerja tentatif, buku tentatif, video tergendala seketika. Lagi kalut bila pagi hari kejadian, beliau call kata macam tak bersedia nak present. Agak aa...hahaha..

Apa pun, terima kasih kepada Tuan Pengarah Syuk, s/u bersama Atoi, semua ajk IChemS'13 serta semua peserta yang banyak menajayakan seminar. Pahit manis gaduh-gaduh sentap menyentap tu biarlah jadi kenangan semua. hahaha...



Panjang beno entry... ehehe.. till then~

#eh, jangan lupa siapkan laporan seminar...huehuehue

You'll be blessed

Friday, October 4, 2013

#random me

Bismillah

Lama tak update. hohoii.. Sebab balik cuti hari raya terus sibuk settlekan LA ke Padang, balik Padang terus settlekan urusan seminar IChemS'13, lepas tu laptop hancus sebab jatuh dari meja..kuikuikui. Terus berminggu la kena baiki, tau tau saja laptop terpaksa kena format baru. 

Format laptop, ok. Bagus lah pun, sebab laptop tu guna vista, kalau nak on boleh tunggu masak maggi. Tu pun maggi dah habis makan baru boleh start menggunakan beliau. Bila dah format ni, sempat buat nestum 3 in 1 saja.. kekekeke.. 

Yang tak ok nya, bila format dan tak sempat buat back up. Bukan tak sempat, tapi tak pernah pun buat back up file. Makanya? Maka kami rakyat Malaysia la jawab dia. Semua hilang. Semua tu termasuk lah lagu segala bagai, tapi tu tak kisah. Gambar pun semua hilang, tapi tak berapa nak kisah sangat sebab anggap lah tiada rezeki untuk menyimpan segala kenangan. Lagi pun nanti boleh godek-godek kat orang lain yang simpan gambar yang sama.

Yang paling kisah, bila thesis proposal hilang, journal-journal untuk buat rujukan hilang, honour seminar report hilang, slide presentation thesis proposal pun hilang sama....

Rasa macam hahahahaha. Menangis memang tak guna. Memang hanya mampu ketawa la sepanjang hari. *Hari tu salah booking tiket pun ketawa jugak* Sukar untuk ku menerima kenyataan sebegini rupa. 

Satu hari duk pikiaq, mesti ada hikmah di sebalik laptop kena format ni. Sampai berguling-guling, sebab takleh terima kenyataan lagi journal hilang. Walaupun bukan journal yang aku publish, tapi berpuluh tu, jenuh nak mencari celah mana entah. 

Tu yang langsung takde mood nak update pasal lawatan ke Padang, walaupun hakikatnya rasa macam nak tampaq diri sendiri sebab tak percaya akhirnya berjaya jugak sampai ke Padang, alhamdulillah. Naik flight masa berangkat pulang ke Malaysia, masing-masing rasa macam nak menangis sebab best sangat duk kat sana. Sampai-sampai Malaysia kalau orang tanya best ke tak, apa yang ada kat sana,  cukup lah jawapan, "rasa macam nak pergi lagi" menjawap segala persoalan. 

Dan motif update blog hari ni? Sebab tak pergi lab pastu bosan tak tau nak buat apa. *abes lah kalau ain fatihah tau*kuikuikui

Esok kena qadha pergi lab, malas tak malas lain cerita, asal 80% lab boleh siapkan sebelum balik raya haji. Habis, orang balik raya 3 hari, tapi engko balik raya 10 hari..kekekeke.. *balik atas urusan seri paduka baginda*

Sekian, nanti kalau rajin jumpa lagi. Bubuii..

Tuesday, August 27, 2013

Syukur Vs Sabar

Bismillah

Selalu kita minta supaya dimurahkan rezeki, diluaskan pintu rezeki. Tapi kita sendiri yang kadang-kadang menyempitkan istilah rezeki itu sendiri.

Asal rezeki, selalu-selalu dikaitkan dengan duit, makanan. 

Sebenarnya senang bangun awal pagi-pagi pun, kira rezeki jugak. Senang untuk solat malam, pun rezeki. Paling penting, bila Allah masih bagi kesihatan, senang untuk buat kerja. Lagi bila semua kerja dan urusan, smooth saja. 

Kiranya kalau dihitung dalam sehari, memang banyak rezeki kita Allah bagi. Maha pemurah sungguh Allah :)

Adat lah, kalau dah diberi, lagi tak tau nak bersyukur? Itu memang nak kena backhand guna penyapu. Tapi memang pun, manusia lagi susah untuk bersyukur, daripada bersabar. 

Tak percaya?

Kita mungkin masih mampu bersabar kalau kita teraniaya, mungkin bersabar dengan harapan, kebenaran akan terserlah juga nanti. 

Tapi untuk bersyukur? Bersyukur kerana penganiayaan itu akan menaikkan satu darjat hampir kepada Allah dan doanya juga dimakbulkan. Selalu-selalu terlupa kan.

Kita mungkin masih boleh bersabar kalau diuji susah, ditimpa sakit atau kehilangan harta, sabar dan anggapnya sebagai takdir dan kifarah.

Tapi bersyukur? Sebab yang sakit tu hanyalah anggota badan, atau yang hilang itu hanyalah harta benda, dan bukannya nyawa kita. Kadang-kadang baru teringat kan.

Berbeza kan, kan kan kan..


Orang yang bersyukur, akan menukarkan hospital yang menjadi night mare sesetengah orang tu, kepada tempat di mana manusia pilihan Allah sedang diuji, untuk diampunkan dosa, diberi pahala dan dinaikkan darjat. Rasulullah s.a.w suka bersama orang-orang miskin, sakit, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah/ujian. Allah sedang 'zoom-in' kepada mereka ini. (taken from fb coach ridz)

Sentap.


"Dan sekiranya kamu bersyukur nescaya akan Aku tambahkan nikmat kepada kamu. Dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabku amatlah keras"

Ok, cukup lah. Saya rasa anda sudah faham. Kenapa bersyukur tu lagi susah dan berat daripada bersabar. But then, we have to thank Allah, for such a blessing life. Bahagia.

Dan syukurlah malaysia masih aman... errkkk... T_______T

They said,



================================================


Today's update : Hari ni huru-hara. Dari pagi sampai ke petang, dan ke malam (mungkin). Padang punya pasal la ni. I is stressed dengan semua kerja yang kena buat, nasib baik dapat assistant yang cekap-cekap dan tangkas. Terima kasih. Dan bersyukur jugak sebab Allah mudahkan kerja. Maka dengan itu, dengan tidak sengajanya aku telah terbeli satu blouse comel. Tapi untuk baju nak pakai pegi Padang nanti le.. 

Tapi sebenarnya more to hadiah penghargaan kepada diri sendiri sebab telah berpening-pening settlekan kerja Padang. Alasan kan..hahaha.. Lepas tu Prof Norita call sebab nak pergi, tau mintak duit je, tak nampak pun muka kat fst..huahaha.. 

Suri rumah sepenuh masa kan, calling sana sini, booking tiket online, buat surat, hantar surat online, tau nya Pn Jannah tolong hantarkan surat kepada pihak berkenaan. Tapi itu pun macam mahu bersilat sehari-hari..kui3x

Esok baru kita dating ye Prof. Mana tau prof boleh kasi duit lebih.. ameen.. eheh

You'll be blessed

Sunday, August 25, 2013

Raya compilation

Bismillah

Hari ini niat memang mahu melarikan diri daripada kerja-kerja Padang dan thesis. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengemas kini segala file yang berterabur dalam lappy ni. Sangat, kalau ada tikus pun tikus boleh sesat. 

Sambil dengar lagu #kasih jangan pergi. Lagu tu mula-mula best, tapi hujung-hujung tu rasa macam annoying la pulak, bila selalu ulang part "kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi". Pergi je lah, bising ok!!  =.=

Dan terjumpa banyak gambar raya yang diambil dari fb makcik ni. Aku hanya mampu menumpang kasih dengan mereka yang ada camera canggih. Eh, camera hp aku pon canggih jugak, kalau ko amek gambar maka dengan sendirinya ada effect blurr dan blooming gituu.. =.=

Ok.

Berkumpul masa raya ni, kira macam dah jadi tradisi, setiap tahun dari tingkatan 2. Bezanya, kalau tingkatan 2 dulu, jalan-jalan raya terpaksa catar van, lepas tu kalau mahu pergi dari rumah ke rumah sanggup jalan kaki berhujan berpanas. Tapi sekarang, raya like a boss! hahaha. 

Lepas tu, kena ada giliran masing-masing. Kalau tahun ni raya sebelah geng membakut, tahun depan pergi Papar pulak, tahun-tahun depan pergi sipitang. Tahun ni, giliran beraya di rumah cikgu-cikgu pulak. Bagus ni, training untuk sesiapa yang nak cari bakal suami/isteri jauh-jauh tu, nanti raya tak perlu gaduh-gaduh sebab hampir lima tahun dilatih beraya ikut giliran. kuikuikui


Dengan Cikgu Dg Rahmah.

Cikgu Ag Marjoki

Cikgu Samsul yang bagi duit raya..wewewe..


Cikgu Yusri. 

Mula-mula tu, macam hampir berhari raya dalam kereta sebab cari-cari rumah cikgu tak jumpa. Bila dah jumpa cikgu-cikgu pulak, macam-macam lah cerita doulu-doulu keluar. Setiap cikgu adalah trademark masing-masing..haha. Adehh. Kalau teringat mesti boleh buat senyum sampai telinga. 

Belajar jauh-jauh pun, cikgu-cikgu ni jugak yang masih diingat. Dengan lawak selamba diorang, cari merata dunia pun takkan jumpa  =')




Penat berhari raya, singgah sekolah kejap. Lepas solat, terus amek gambar. Kononnya mengimbau kenangan lama la tu.. ^_^


Raya tahun ni, memang complete, hampir semua rumah wajib pergi dapat pergi. Mana la tuan rumah aku tu tak bising, 

"Tahun ni, kalau raya sebulan, sebulan juga ko berjalan kan" 

=.=


Dan selebihnya, naah..







Dan, ya. Yang bawah, all my kesayangans. Walaupun mereka ni gila, dan menyebablan aku gila (baca : sayang gila) jugak. 

Gila-gila pun, aku selalu terlupa wish birthday manusia-manusia ni. Eh, walaupun aku lupa, tapi dalam hati aku ingat tau!! Cliche, bukan? Eh, ini betul-betul. Sorry kawan. Harus ada PA untuk ingatkan aku lain kali :)

Dan hadiah jugak tiada. Mahu bagi buku, tapi mesti aku jugak yang syok sendiri suka baca buku tu. Bagi bunga, takut bunga layu. Coklat? Kalau cair, membazir. 

Hanya doa. Always and always. Semoga sentiasa dalam jagaan Allah. :)










Err.. Yang ini special edition :P


Upload gambar sambil nyanyi "kalau aku kaya, hari-hari  hari raya." Sebab kalau hari-hari hari raya, hari-hari boleh jumpa dengan makcik-makcik yang memang macam makcik-makcik la.. eheh

You'll be blessed


Saturday, August 24, 2013

Pre Trip Padang (pon boleh..)

Bismillah

Ini cerita tentang Padang, Indonesia. Ceh, padahal belum jejak kaki lagi di sana...

Hal ehwal lawatan ke Padang ni sungguh berdaulat, sampai raya pun tidak pernah tidur lena memikirkan tiket flight yang belum ditempah lagi, padahal nak pergi 3 september ni. Tambah lagi bila Dr Nadhrah selalu call nak tanya update, tapi aku tak pernah berani nak jawab sebab tatau nak update apa entah..haha

Maka dengan hati yang berat aku terpaksa kembali ke Usim tanggal 20/8, yang mana cuti sepatutnya masih berbaki selama 3 minggu lagi! 

Tak mengapa. Ini last. Ini kan semester terakhir, tahun depan memanjang duduk Sabah, kasi chan duduk semenanjung puas-puas.

Pujuk diri sendiri.

Dah balik Nilai, semestinya sehari-hari sibuk settle kan urusan ke Padang. Hal tempah menempah tiket mengambil masa selama dua hari, entah kenapa tiba-tiba server down la, connection error la. Maka separuh peserta terpaksa booking hari Khamis, separuh lagi hari Jumaat.

Fine. 

Bila dah selesai urusan tempahan tiket, harus lah re-check, kang ada pulak yang tersalah tarikh, tersalah masa la, apa la.

Dan aku sungguh percaya, bahawa sesungguhnya, manusia itu tidak pernah lari daripada diuji :)

Untuk kali kedua, aku tersalah booking tiket lagi. Ada 6 orang peserta, sepatutnya masa untuk pergi ke Padang  pukul 1325, dan kembali pada 1355.

Tapi untuk 6 orang ni special. Mereka berlepas pada pukul 0755 pagi, dan kembali pulang ke tanah air pukul 0800 jugak. Lagi tragis bila aku jugak merupakan salah seorang daripada mangsa!!

Semalaman tak boleh terima kenyataan. Rasa macam bermimpi. haha.. Sampai tidur pun termimpi-mimpi lagi salah booking tiket. Aiyaak.. Kelam kabut call pihak berwajib bagitau masalah yang menimpa. Dan pelbagai jawapan aku dapat,

1) "takpe, pegi je awal. Nanti aku hantar" : En pengarah

"Eh, suka hati ko je kan!!!! Habis tu, melangut kat airport tunggu korang sampai????" : Respon mangsa, penuh dengan emosi sebab masa ni masih belum dapat terima kenyataan X__X

2) "MaSya Allah!! Safwah!! Macam mana boleh jadi macam tu?" : Dr Nadhrah

"hahahaha... Saya pun tak tau lah Dr.. hahahaha" : respon mangsa, emosi sudah stabil

3) "Kali ni safwah salah tempah tiket apa pulak tu?" : Orang ramai
"@_______________________@" : respon mangsa 


Ada dua penyelesaian. Pertama, kena ubah masa. Tapi kena bayar penalti, yang mana harga nya boleh taja seorang lagi peserta ke Padang. Atau pun mengambil kira cadangan member yang baik hati, suruh berniaga cendol sebelum fly @_______@

Kedua, pergi je lah. Yang mana sebenarnya memang tiada pilihan pun melainkan kena pergi je lah!!!!!

Hari ini, sedaya upaya mempositifkan diri. Dengan cara memikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dekat airport Padang sementara menunggu peserta lain sampai..haha

Kesimpulan daripada cerita ini, aku fobia untuk menempah tiket lagi (tiba-tiba). Jadinya kalau nak balik Sabah nanti haruslah ko berenang untuk sampai sana... =.=

Sekia, begitu lah pengalaman manis saya sepanjang belum lagi berada di Padang. Bagus kan, belum sampai lagi dah macam-macam hal..haha. Tapi tak pe lah. Ada lah tu hikmahnya. Ada senang bersama setiap susah. :)

=====================

Menaip sambil dengar lagu aku (ehh??). Takkan Terpisah (Black). Lagu ni sedap, tapi sayangnya tiada kena mengena dengan hidup..haha.. Dengar lah lagu ni.. Dengar lah.. Dengar lah.. haha..

Selamat malam. Tidur lah. Esok kalau ada rezeki harus pergi open house member. Tapi mesti gagah jugak, sebab dalam rumah tiada beras. Perintah berkurung barangkali.

You'll be blessed

Monday, August 19, 2013

39:42

Bismillah

Baru dua tiga hari lepas aku terbaca dekat post Saiful Nang ( aku mengikuti beliau sebab gambar-gambar yang diambil sangat superb!), berita tentang pemergian seorang photographer, bride-to-be, akibat kemalangan jalan raya. 

Sebelum ni baca jugak banyak berita tentang kemalangan maut, tapi kenapa entah yang ini sangat terkesan, sampai hari ini aku masih mengikuti kisah pemergian allahyarhamah.

Mungkin ada dua sebab,

Yang pertama, punca kemalangan adalah disebabkan kereta kancil yang dinaiki allahyarhamah bertembung dengan audi yang melanggar lampu merah. 

Emm. Aku dan kawan-kawan selalu buat macam tu. Eh, bukan tang melarikan diri tu. Maksudnya, selalu redah lampu merah tu. Kadang-kadang sebab terlebih laju, malas nak brek, tapi most probably sebab dah lambat, mahu cepat. 

Err, aku yang cakap ni, bukan lah aku yang drive. Tapi aku selalu jadi co-driver, dan yang paling penting, aku lah yang selalu bagi semangat, "go go!! laju je.. sempat lagi tu" kepada driver untuk terus laju meredah lampu merah.

Oleh kerana ini, aku kini insaf, seinsaf-insafnya. Balik nanti mahu bagitau kawan-kawan, tolong lah berhenti kalau dah nampak lampu merah. Walaupun kemalangan tu hanya lah asbab, tapi apa salahnya kita berusaha dan berwaspada. Sekurang-kurangnya, kita tak membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri. Tamau dah buat..huhu

Dan yang kedua, bila godek-godek fb allahyarhamah, terjumpa page yang diusahakan allahyarhamah. Allah, yang hidup ni pun tak terfikir nak buat macam tu. 

Page Jom Solat, dibuat untuk memudahkan orang ramai menghafal makna bacaan solat. Cover photo yang dibuat akan diperbaharui setiap 2 hari. Boleh dijadikan cover photo dekat fb dan sebagainya, maka dengan itu orang ramai akan lebih mudah untuk menghafal dan mengetahui bacaan lepas solat. 

Ah, senangnya nak buat baik.

ni antara contoh header cover photo


Sehingga ke hari ini, masih suka untuk menjengah ke sini, sebab gambar yang diambil semuanya adorable, lovely shoot. 

Orang baik, selalu Allah bagi pinjam kejap je kan :( Dan walaupun aku tak pernah pun kenal allahyarhamah, tapi melalui komen-komen orang sekeliling, gambar-gambar dekat tumblr, memang tau beliau seorang yang baik. 

"Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka)"

Amin Ya Rabb

Mari sedekahkan al fatihah dan doakannya. Insya Allah segala ilmu yang diamalkan, hasil usaha dan ilham allahyarhamah akan sampai pahala kepadanya. Sungguh, bijak dan mudahnya cara beliau untuk menyampaikan kebaikan..huhu


==============================


Giliran kita entah bila pula. Yang pasti, kematian tu bila-bila. Jadi, kalau nak buat baik, jangan berkiran-kira, jangan bertangguh-tangguh. Tak perlu pun tunggu awal tahun untuk buat azam baru, atau bila umur bertambah. Buat sikit-sikit, janji berterusan. :)

Till then,

sumber
You'll be blessed

Sunday, August 18, 2013

Me & Pancing


Bismillah

Ini kali pertama aku pergi memancing setelah err.. Entah berapa puluh tahun lamanya tak pegang pancing. Kali pertama aku ingat semasa umur lingkungan 9 ke 10 tahun barangkali. Tiap-tiap weekend, kalau cuti sekolah hampir setiap hari, aku dan segala sepupu pakcik makcik yang seumur denganku pergi memancing ikan di tepi parit depan rumah patua (moyang. sekarang sudah tiada, mari sedekahkan al-fatihah sekejap)

Masa tu bukan main kuku penuh dengan tanah sebab menggali cacing untuk dibuatkan umpan. Heaven nya bila umpan termakan dek ikan karuk (entah apa nama melayu beliau) atau pun ikan keli. Lepas tu bawa balik suruh umi masak. Perghh.. Tapi lepas tu aku meninggalkan profession sebagai pemancing tegar bila mana mata kail yang sepatutnya disangkutkan (betul eh isitilah ni) cacing, tapi tersangkut pula jari aku. Fobia tengok jari sendiri jadi umpan..kekekeke

Dan kali terakhir aku memancing masa tingkatan berapa entah. Masa tu belakang rumah banjir sekejap. Lepas tu kami sekeluarga dengan bersemangatnya untuk memancing, tapi menggunakan umpan tepung yang diuli belacan kalau tak silap. Entah lah, yang aku ingat umpan tu warna pink, bau belacan. hahaha.

Tapi belum sampai lima minit, kami sekeluarga pulang ke rumah. Sebab umpan semuanya terjatuh dalam air, gara-gara aku eksaited sangat..hahaha. Apa boleh buat, rezeki ikan-ikan tu makan besar :P

Dan kali ini, aku kembali lagi untuk memancing untuk kesekian kalinya. Chewahh. Itu semua poyo. Eksaited sekejap saja. Dan yang lebihnya adalah jakun..hahaha

Terkulat-kulat mau pasang umpan. Aiseh. Sudah lah umpan cacing. Memang tak lah kan nak pasang sendiri. Bab tu aku serahkan kepada sepupu-sepupu lelaki, semua masih kecik, dan budak kecik mana kenal erti geli atau takut..haha.

Betul lah, memancing ni mengajar erti kesabaran. Berapa kali aku kena marah oleh adik aku, sebab tak sabar. Baru buang pancing tu dalam kolam, asal terusik sikit terus tarik. Hoi, kalau macam tu, setahun pun ikan tak makan umpan ko..hahaha.

Yang penting, harus bersabar dan jangan kelam kabut. Ada sekali, ikan dah dapat, tapi aku macam blur pulak, pancing tu tang mana entah nak tarik, nak bagi pendek tali dia. Dan akhirnya, melepas lagi.

Bila dah dapat, lagi lah aku menggelabah. Takut pulak tengok ikan tu menggelabah semacam..haha. (eh, siapa yang menggelebah sebenarnya ni? :P) Tapi jangan cerita ikan lah kan. Ayam tepi jalan tu pun ko takut, lagi tak boleh terima akal kucing yang comel tu pun ko takut. Macam mana la boleh ada species macam ni labuuu..huhu

Tapi ikan tu terpaksa dilepaskan sebab peraturan memancing ikan, ikan yang kecil-kecil tak cukup umoq haruslah dilepaskan. Dan cukuplah aku bersabar pada hari itu. Tinggalkan pancing, dan pegi main masak-memasak di dapur. Kang dapur tak berasap, tengahari nak makan apa?

Dan selebihnya, biarlah hanya gambar berbicara..hahaha


Ni antara makanan untuk tengahari. Yang budak dua orang tu tengah bersantai sementara menunggu ikan termakan umpan :)

Can u spot the belanga tengah-tengah tempat bbq tu? Tengah masak tiba-tiba gas habis. Dan this is the alternative untuk memastikan seluruh isi keluarga tidak kebuluran hari itu. Sebijik macam main masak-masak dulu..huhu

And, yeah. Itu ikan keli, the very big one. Mau tak patah joran tu dapat ikan keli besar.

Yang tengah tu Aunt Liz. Ini kali kedua beliau beraya bersama. Dan ko wajib percaya, beliau pandai makan ambuyat weh.  Aku ni pun makan nasi tengahari tu, sebab nasi ialah makanan ruji bagi seorang safwah...hahaha


Us. Motif budak tu berdiri macam tu? Tak faham sungguh =.=


Family potret

Umi cakap, kalau tak pakai topi tak boleh bergambar. Terus cepat-cepat rebut topi :P



Sekian saja untuk kali ini. Balik dari memancing, semua orang pegi mandi sebab busuk masam, kalau campak dalam kolam boleh jadi sahabat baik ikan :)

==========================================

Hari ni tinggal kami berdua. Yang lagi tiga sudah kembali ke tempat pertapaan masing-masing, semoga menjadi manusia berguna. Dan hari ini hari yang paling heaven, sebab terjumpa ferrero rocher dalam chiller, kerja siapa entah pergi letak belakang makanan.

Kenapa heaven? Sebab berdua lebih baik daripada beramai-ramai..hahahahahaha.. *evil sungguh*



Sebelum terlupa,






With that, I'm a professional fisherman. Err, fisherwoman? perhaps.. ^____^

You'll be blessed

Saturday, August 17, 2013

Pray for Egypt

Bismillah

Kalau dulu nak baca qunut nazilah kena tunggu masa tazkirah dari kawan-kawan, sebab tak hafal. Lagipun kalau isu Palestin, Syria, Myanmar dan seangkatan dengannya dibangkitkan, baru baca. Itu masa first year.

Tapi sekarang tak perlu nak cakap apa. Takkan masih nak tunggu kawan yang baca, baru kita yang aminkan? Oh, jangan sampai macam tu.

Tengok news feed dekat fb sudah tau macam mana genting keadaan di Mesir setiap hari. Kalau dulu Palestin, kemudian isu Syria, kemudian isu Mesir. 

Saya mohon, agar kita semua mendoakan supaya Allah bantu mereka di sana, inSya Allah kemenangan itu pasti. Tapi kita jangan hanya menunggu. Walaupun hakikatnya mereka tak perlukan bantuan kita, kerana mereka ada Allah, tapi lakukan lah apa yang boleh. Kongsikan apa yang anda tahu, supaya rakan-rakan pun turut sama prihatin, agar lebih ramai daripada kita dapat mendoakan. 

Masih ingat kisah burung yang membantu memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim, dengan menggunakan paruhnya? Begitu juga kita. Kelak nanti Allah persoalkan apa yang telah kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Mesir, sedangkan kita punya daya dan upaya.


Baca setiap kali selepas solat. Kalau pun tidak mampu, sekurang-kurangnya satu hari sekali. Please.. Please.. 

Dan saya yakin, anda semua mempunyai hati yang "fragile" apabila melihat gambar di bawah ini, 

Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid.

With that, keep calm and pray for egypt. Thank you

May Allah bless


Thursday, August 15, 2013

Satu hari di hari raya

Bismillah

Raya tahun ini, boleh dikatakan ada improvement dari raya tahun sebelumnya. Tahun lalu, saya (rasa macam buat karangan SPM..heh) berseorangan memasang langsir. Sudah lah mempunyai ketinggian yang tak seberapa, maka seratus peratus bergantung dengan tangga. 

Penat turun naik tangga, akhirnya saya melepak di atas tangga, kain langsir lilit di bahu, manakala cangkuk letak dalam plastik, lilit di pinggang. Kalau salah adjust, tak perlu turun naik tangga tu. Penat duduk atas tangga, kusyen di susun tinggi-tinggi, baru lah empuk sikit. Susun atur perabot pun buat sendirian, mana lah kerja tu dibuat sampai ke tengah malam.

Tapi, Allah memang maha adil. Dia bagi kami adik beradik cuti yang sama rata. Hari Jumaat seminggu sebelum raya, semua sudah berkumpul di rumah.

Yang tinggi tolong pasangkan langsir, siap lima hari sebelum raya. Yang besar tolong angkatkan perabot, pun selesai. Yang anak dara seorang, tolong isikan kuih dalam balang, malam raya pun tak siap-siap. Yang sorang lagi, tolong gosokkan baju seisi keluarga, esok pagi kelam kabut bangun awal sebab beliau seterika baju sendiri saja. Adeh. Nasib badan.

Kali ini saya mengambil kesempatan menjadi Mem Besar. Siapa melawan, awas lah. Terus panggil abah. Kuat mengadu betul. Saya tahu, memang annoying sungguh dapat kakak seperti ini. Tapi kalau lah saya mempunyai pilihan lain, dan kalau lah saya diberi pilihan untuk memilih orang-orang yang rajin sahaja menjadi adik-beradik.. Kejam sungguh bunyinya. Well, kalau lah ada sesiapa di antara anda yang bertahan minta tolong buat kerja sepuluh kali, tapi kali yang kedua puluh kali baru masing-masing tunjuk muka..Macam mana tu?  =.=

Dan raya tahun ini, tiada lagi insiden mencelup tudung putih dengan pewarna kuih warna merah. Tudung saya dah siap-siap beli..yeay!

Cuma bertambah satu insiden, bila malam hari raya kain baju kurung anak dara berdua tu tiba-tiba hilang. haha. Kelam kabut mencari satu rumah, rupanya kain tu bersembunyi dalam karung kain menjahit umi. Yang tukang kemas tu saya la. haha. Kesian. Mereka hampir-hampir berkain batik di pagi raya.. T_T

Di pagi syawal, selalunya selesai solat sunat hari raya, sesi fotografi untuk dua isi keluarga (keluarga saya dan pakcik) akan diadakan. Sebenarnya memang perlu dua keluarga, sebab kamera besar yang canggih tu pakcik yang punya. nampak tak permainan dia di situ..

Tapi raya kali ini, abah seakan terlupa. Selesai sesi bersalaman dan bermaafan dan berhuluran duit raya itu yang paling penting  semua bersiap-siap ke kuburan. Sebenarnya sebelum ini abah tu rilek saja pegi kuburan tiga hari sebelum raya. Tapi dek kerana pengaruh drama, tambahan semenjak pemergian arwah matua, baru lah kami sekeluarga menziarahi kuburan di pagi syawal, baru ada feel sikit..:)

Gambar wajib ada setiap tahun.



Begitu lah kisahnya satu hari di hari raya. Malam raya kelima, terpaksa lah abah mengimport si pakcik untuk sesi fotografi. Kalau tiada gambar satu keluarga tahun ni, bermakna tiada banner untuk raya tahun hadapan..huahaha. *yang lalu lalang depan rumah tu mesti faham..hahaha*


family potret

free style. Tapi macam tangga style pon bolehh..

the girls.. err, tapi yang sebelah kanan abah tu memang lah bukan anak abah..:)

Sekian sahaja untuk kali ini. Rasa macam mahu tampar diri sendiri sebab menggunakan kata ganti nama saya. Teringat kenangan masa mula-mula masuk tamhidi dulu, bila berkenalan dengan kawan-kawan lain dan membahasakan diri sebagai saya, terus saya dianggap sebagai orang Indonesia.. kojaq sungguh..hahaha..

Sebenarnya entry ni dah lama dalam draft, cuma tunggu untuk publish, lambat sikit sebab gambar belum edit. Tapi kalau dah cantik tu, tak yah edit pun tak apa, kan? hoiiiiiiii.... hahahaha..^_____________________^

Last but not least, terima lah gambar di bawah ni.

hah, pilih2x lah..hahaha.. 

Eh, jangan lupa terus berdoa untuk saudara kita di Mesir. Saya suka dapatkan news update dari sini, atau dari kawan-kawan yang rajin update. Terima kasih atas keprihatinan dan doa .. :)

You'll be blessed